Dilasi_masa
Dilasi_masa

Dilasi_masa

Dalam ilmu teori kerelatifan, dilasi masa merupakan perbezaan sebenar antara tempoh berlangsungnya dua peristiwa seperti yang disukat oleh pemerhati-pemerhati yang bergerak secara relatif dengan satu sama lain ataupun terletak di tempat-tempat berlainan dari jasad graviti.Sebuah jam yang jitu dan pegun untuk satu pemerhati mungkin didapati berdetik pada kadar yang berbeza jika dibandingkan dengan jam pemerhati kedua yang sama jitunya. Kesan ini tidak timbul daripada segi-segi teknikal jam mahupun hakikat bahawa isyarat memerlukan masa untuk dirambat, sebaliknya dari sifat ruang masa itu sahaja.