Dimana Kan Ku Cari Ganti (album 1998)
Dimana Kan Ku Cari Ganti (album 1998)

Dimana Kan Ku Cari Ganti (album 1998)

Dimana Kan Ku Cari Ganti merupakan sebuah album studio kedua nyanyian penyanyi popular Liza Hanim. Album ini dirakamkan khas untuk menghargai Seniman Negara, Tan Sri P. Ramlee dan Biduanita Negara Puan Sri Saloma. Lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti, Rindu Hatiku Tidak Terkira dan Istana Cinta adalah antara lagu yang kembali popular menerusi album ini. Penjualan album Dimana Kan Ku Cari Ganti yang memberangsangkan melayakkan album ini berada di Carta RIM yang sering ke udara di Radio THR setiap minggu pada tahun 1998. Liza Hanim juga dicalonkan buat pertama kali dalam kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik menerusi album ini.Ironi setelah 10 tahun album ini dirakam, pada tahun 2008 Liza diberi peluang untuk melakonkan watak biduanita negara tersebut dalam Muzikal P. Ramlee di Istana Budaya. Persembahan teater muzikal itu mendapat sambutan dan disambungkan ke musim kedua. Liza juga diberi jolokan sebagai Saloma Jelmaan. Menerusi watak Saloma, Liza mendapat pencalonan Aktres Terbaik (Watak Utama) di Anugerah Seni Boh Cameronian pada tahun 2009.

Dimana Kan Ku Cari Ganti (album 1998)

Genre Pop
Syarikat Suria Records
Penerbit Adnan Abu Hassan
Dikeluarkan pada 1998