Dimple_Kapadia
Dimple_Kapadia

Dimple_Kapadia

Dimple Chunnibhai Kapadia (lahir 8 Jun 1957)[1] ialah seorang pelakon wanita India. Beliau mula berlakon pada usia 16 tahun, dalam filem romantik remaja Raj Kapoor, Bobby (1973). Pada tahun yang sama, beliau berkahwin dengan pelakon India, Rajesh Khanna dan bersara dari dunia perfileman selepas itu. Dimple Kapadia kembali berlakon pada 1984 selepas mendapat dua anak dan berpisah dengan Khanna selepas itu.Antara filem lakonannya ialah Saagar (1985) dan memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Filmfare.Dimple Kapadia dianggap sebagai simbol seksual sehebat Marilyn Monroe. Filem lain lakonanya ialah Kaash (1987), Drishti (1990), Lekin ... (1990), dan Rudaali (1993) yang menerima anugerah filem.Filem Gardish (1993) dan Krantiveer (1994) lakonannya turut menerima Anugerah Filmfare keempat.Filem Dil Chahta Hai (2001) , Kaun Hum Hai? (2004), Pyaar Mein Twist (2005), Phir Kabhi (2008) dan Tum Milo Toh Sahi (2010), Cyrus (2005), Chance (2009), Dabangg (2010), Patiala House (2011) dan Koktel (2012) turut mengangkat namanya sebagai pelakon.Kapadia ialah ibu kepada pelakon Twinkle Khanna dan Rinke Khanna. Twinkle berkahwin dengan pelakon terkenal Akshay Kumar.