Sejarah Dinar_Iraq

Matawang dinar diperkenalkan dalamkitaran pada tahun 1932, bagi menggantikan rupee India, yang telah menjadi mata wang rasmi sejak pendudukan British ke atas Negara tersebut sejak Perang Dunia Kedua, pada kadar 1 dinar = 11 rupee. Matawang dinar diikat setara dengan Pound British sehingga 1959 apabila, tanpa mengubah nilainya, ikatan dialih pada dolar Amerika Syarikat pada kadar 1 dinar = 2.8 dollar. Nilai dinar tidak menyusut menurut nilai matawang U.S. pada tahun 1971 dan 1973, matawang dinar naik pada nilai US$3.3778, sebelum susut nilai 5 peratus mengurangkan nilai dinar pada US$3.2169, kadar yang kekal sehingga Perang Teluk, sungguhpun pada akhir 1989, kadar pasaran gelap dilaporkan lima hingga enam kali ganda lebih tinggi (3 dinar bagi US$1) berbanding kadar rasmi.[2]

Selepas Perang Teluk pada tahun 1991, akibat sekatan PBB, percetakan Swiss yang digunakan sebelumnya tidak lagi boleh digunakan. wanga baru berkualiti rendah kemudiannya dihasilkan. Keluaran sebelumnya dikenali sebagai dinar Swiss dan kekal dalam kitaran di kawasan Kurdish di Iraq. Akibat sekatan yang dikenakan ke atas Iraq oleh Amerika Syarikat dan masyarakat dunia dan cekatan kerajaan melampau bagi keluaran wang baru, matawang dinar susut nilai dengan pantas, dan pada akhir 1995, US$1 dinilai pada 3,000 dinar.

Berikutan dengan penggulingan Saddam Hussein pada penjajahan Iraq 2003, Majlis Pemerintah Iraq dan Pejabat bagi Bantuan Kemanusiaan dan Pembinaan Semula mula mencetak lebih banyak wang dinar Saddam sebagai langkah sementara bagi mengekalkan bekalan kewangan sehingga matawang baru dapat diperkenalkan.

Antara 15 Oktober 2003 dan 15 Januari 2004, Pihak Berkuasa Provisi Perikatan mengeluarkan siling dinar dan wang Iraq yang baru, dengan wanga dicetak oleh De La Rue menggunakan teknik anti-pemalsuan yang moden, bagi "mencipta satu matawang bersatu yang digunakan dikeseluruhan Iraq dan akan menjadikan wang lebih mudah bagi kegunaan kehidupan harian."[3] wang kertas lama ditukar bagi wang baru pada kadar pertukaran satu dengan satu, kecuali dinar Swiss, yang ditukar pada kadar 150 dinar baru bagi satu dinar Swiss.

wang kertas baru ini mendorong pada industry baru menjual dinar Iraq baru pada pelabur luar Negara yang berharap untuk mendapat keuntungan dari matawang baru Iraq apabila ekonomi Iraq pulih. Kerajaan peralihan Iraq menjadikan ia sah, tetapi wang kertas ditukar pada kadar berbeza oleh syarikat yang ingin membuat keuntungan. Akibat kejayaan program ini, dinar Iraq dipalsukan secara meluas. Bagaimanapun terdapat enam ciri keselamatan berlainan yang boleh diperiksa bagi pengesahan ketulenan wang 25,000 dinar Iraq.[4]

Sungguhpun nilai dinar meningkat selepas pengenalan wang kertas baru dari 4,000 dinar setiap dollar U.S., pada permulaan pengenalan mereka, sehingga setinggi 980 dinar setiap dollar, ia kini ditetapkan pada kadar pertukaran, seperti yang ditetapkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa,[petikan diperlukan] pada 1170 dinar setiap dollar US di Bank Pusat Iraq. Bagaimanapun belum terdapat kadar pertukaran antarabangsa dan dengan itu bank antara bangsa masih belum menerima penukaran dinar Iraq. Kadar pertukaran di jalanan Iraq adalah sekitar 1,200 dinar setiap dollar US (2011).