Dinasti Hammad
Dinasti Hammad

Dinasti Hammad

Algeria Perancis (kurun ke-19-20)1990-an2000-an sehingga kiniDinasti Hammad adalah sebuah dinasti Sanhaja Berber yang memerintah kawasan yang terdiri daripada timur laut Algeria sekitar 150 tahun (1008–1152), sehingga kerajaan ini ditakluk oleh khilafah Almohad. Tidak lama selepas memegang tampuk kuasa, mereka menolak mazhab Ismaili Fatimiyyah, dan kembali kepada mazhab Sunni Maliki, dan mengakui khilafah Abbasiyyah sebagai khalifah yang benar.Ibukota pertama mereka adalah Qalaat Beni Hammad, yang diasaskan pada tahun 1007 dan kini merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO; apabila kota ini diancam oleh puak Bani Hilal, mereka berpindah ke Béjaïa (1090).