Dinasti_Xin
Dinasti_Xin

Dinasti_Xin

Sejarah China
Garis masa sejarah China
Dinasti-dinasti dalam sejarah China
Sejarah bahasa
Sejarah seni
Sejarah ekonomi
Sejarah pendidikan
Sejarah sains dan teknologi
Sejarah perundangan
Sejarah media
Sejarah ketenteraan
Sejarah keluatanDinasti Xin (Bahasa Cina: 新朝; pinyin: Xīn CháoWade-Giles: Hsin Ch'ao; secara harfiahnya "New Dynasty") adalah sebuah dinasti di China (meskipun hanya memiliki seorang maharaja) berlangsung pada 9 sehingga 23 AD. Ia diikuti dengan Dinasti Han Barat dan didahului dengan Dinasti Han Timur.Maharaja tunggal dinasti Xin, Wang Mang (王莽), adalah anak saudara kepada Maharani Besar Dowager Wang Zhengjun. Selepas kematian cucu lelaki tiri beliau, Maharaja Ai pada tahun 1 SM, Wang Mang mendapat kuasa. Selepas beberapa tahun menyemai satu kultus personaliti, beliau akhirnya mengistiharkan diri beliau sendiri sebagai maharaja pada tahun 9 AD. Meskipun seorang sarjana yang kreatif dan politik yang hebat, beliau adalah seorang pemerintah yang tidak cekap, dan ibu kota beliau Chang'an telah dikepung oleh pemberontak petani pada tahun 23 AD. Beliau mati semasa dalam kepungan, dan dinasti Han dipulihkan semula oleh keturunan bekas keluarga maharaja.