Dingane kaSenzangakhona (sekitar 1795-1840) merupakan seorang ketua puak
Zulu dan ditabal sebagai raja pada tahun
1828. Beliau merebut kuasa apabila membunuh abang seibunya iaitu Raja
Shaka di tempat yang kini dikenali pekan
Stanger. Perebutan kuasa ini berlaku kerana kekejaman Shaka semakin menjadi-jadi selepas kematian ibunya, Nandi. Dari segi kemahiran ketenteraan dan kepimpinan, Dingane tidak sehebat Shaka dan ini mengakibatkan keretakan dalam kerajaannya. Kepimipinannya turut tercabar dengan ketibaan Voortrekkers iaitu bangsa kulit putih dari
Eropah. Pada tahun 1838, beliau telah mengepung dan membunuh lebih kurang 500
Boer dan sebagai balasan puak Afrikaner di bawah pimpinan
Andries Pretorius telah melancarkan perang di mana 3,000 orang Zulu terkorban dalam
Pertempuran Sungai Darah.Pada Januari 1840, Andries Pretorius, dengan pasukan
komando yang terdiri 400
Burgher, telah membantu
MpandeMpande menjadi raja kerajaan Zulu dari 1840 ke 1872. Ini merupakan antara campur tangan orang putih yang pertama di
Afrika Selatan. Dingane telah dibunuh di Hutan Hlatikhulu ForestHlatikulu di
Pergunungan Lebombo, Afrika Selatan. Beliau dibunuh oleh Zulu Nyawo, Sambane and Nondawana sewaktu sedang menjalankan ekspedisi ketenteraan.