Dinosaur merupakan
haiwan reptilia yang mendiami
bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman
Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Perkataan "dinosaur" bermaksud "cicak yang dahsyat" dalam
bahasa Greek dan pertama digunakan oleh Dr
Richard Owen untuk menggelarkan haiwan-haiwan ini pada tahun
1842. Bukan semua haiwan yang hidup pada
zaman prasejarah itu dianggap sebagai dinosaur. Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Saiznya berbeza daripada 30
meter panjang (100
kaki) dan 15 meter tinggi (50 kaki) sehingga saiz seekor
ayam. Kehidupan dinosaur juga berbagai-bagai. Ada
spesies yang hidup dalam kawanan dan ada yang hidup bersendirian. Ada yang makan daging dan ada juga yang makan tumbuh-
tumbuhan.Dinosaur mempunyai ciri-ciri
pembiakan seperti
burung, iaitu membuat
sarang, ber
telur serta menjaga anak. Telur dinosaur berkulit keras. Telur ini ditimbus di dalam sangkak yang dibuat daripada ranting-ranting kayu, tumbuhan kering ataupun daripada lumpur. Telurnya juga boleh ditimbus di dalam lekuk di atas tanah yang dilindungi dengan tumbuhan atau pasir.