Dinosaur berbulu pelepah adalah mana-mana spesies
dinosaur yang mempunyai
bulu pelepah seperti burung. Semenjak penyelidikan saintifik bermula ke atas dinosaur pada awal abad ke-19, dinosaur pada umumnya dipercayai tergolong sebagai
reptilia; perkataan "dinosaur" yang dicipta pada tahun 1842 oleh ahli paleontologi
Richard Owen, datangnya dari bahasa Yunani yang bermaksud "biawak yang menggerunkan". Namun pandangan asal ini mula berubah ketika "
kebangkitan semula dinosaur" dalam penyelidikan sains pada lewat 1960-an, malah menjelang pertengahan 1990-an timbulnya banyak bukti bahawa dinosaur jauh lebih rapat bersaudara dengan burung. Sebenarnya burung kini dipercayai adalah keturunan dinosaur
teropod[1] dan oleh itu digolongkan sebagai rumpun dinosaur, iaitu sebarang burung moden boleh dianggap dinosaur berbulu pelepah kerana semua burung moden memiliki bulu pelepah (kecuali beberapa baka ayam yang terhasil daripada pembiakbakaan terpilih buatan manusia).
[2]Dalam kalangan dinosaur pupus telah ditemuinya bulu pelepah atau
integumen seakan-akan bulu pelepah pada puluhan
genus menerusi bukti fosil langsung mahupun tidak langsung. Sebahagian besar penemuan bulu pelepah datangnya dari makhluk
teropod koelurosaur. Akan tetapi, integument juga ditemui pada sekurang-kurangnya tiga ekor makhluk
ornitiskia, maka besar kemungkinan bahawa proto-bulu pelepah juga terdapat pada dinosaur yang awal sekali, apatah lagi mungkin juga haiwan yang jauh lebih purba, ekoran
pycnofiber pada
pterosaur. Rumpun
buaya juga memiliki
beta keratin yang amat serupa dengan burung, menandakan mereka berevolusi dari gen leluhur yang serupa.
[3]