Pemerintahan Diocletianus

Selepas kemangkatan Carus dan anakandanya, Numerian di dalam peperangan di Persia. Deocletian mengishtiharkan dirinya sebagai Maharaja Rom yang baharu. Walau bagaimanapun, terdapat tentangan dari salah seorang anakanda Carus, Carinus. Ini menyebabkan berlakunya pergolakan dalaman sehingga menyebabkan peperangan di Margus. Carinus disahkan terkorban. Baginda meneruskan pemerintahannya walaupun Empayar Rom masih bergolak di peringkat dalaman. Baginda akhirnya bersama-sama Maximian ditabalkan menjadi Maharaja Rom bersama dan memecahkan penadbiran diantara Rom Barat dan Rom Timur. Baginda mengishtiharkan dirinya sebagai Augustus di Timur. Manakala Maximian sebagai Augustus di Barat.