Diskografi

Diskografi ialah kajian dan proses pengkatalogan rakaman suara yang telah diterbitkan kepada umum. Dalam industri muzik, diskografi merujuk kepada kumpulan katalog rakaman muzik yang dikeluarkan oleh artis rakaman atau komposer yang dianggap sebagai sebuah karya, seperti single dan album. Diskografi umumnya termasuk maklumat mengenai rakaman suara secara spesifik, termasuk nama artis rekaman yang terlibat, waktu dan tempat rakaman, tajuk lagu yang dibawakan dan tarikh keluaran.Istilah "diskografi" dipopularkan pada tahun 1930-an oleh pengumpul muzik jaz yang melakukan penyelidikan dan menerbitkan diskografi mengenai apabila rakaman jaz dibuat dan siapa artis rakaman yang terlibat di dalamnya, kerana pada masa itu label rakaman biasanya tidak memberikan maklumat itu kepada media keluarannya. Dua diskografi jaz awal ialah Rhythm on Record oleh Hilton Schleman dan Hot Discography oleh Charles Delaunay.[1]