Diskografi_Siti_Nurhaliza
Diskografi_Siti_Nurhaliza

Diskografi_Siti_Nurhaliza

Sejak memulakan kerjaya sebagai artis rakaman pada tahun 1995, penyanyi wanita Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza telah meninggalkan impak yang besar dalam industri muzik Malaysia sebagai biduanita seni suara terunggul negara pada separuh akhir 1990-an dan sepanjang dekad pertama 2000-an. Beliau telah mengeluarkan 16 album studio, 11 album kompilasi, 10 album secara langsung, 2 album duet dan 1 album khas serta telah merakamkan lebih daripada 250 lagu dan single. Beliau turut merakamkan runut bunyi untuk beberapa filem cetera termasuk Puteri Gunung Ledang (2004) dan 1957: Hati Malaya (2007) dan drama televisyen termasuk Spa Q dan Adam & Hawa. Selepas memenangi Bintang HMI, Siti Nurhaliza mengikat kontrak bersama Suria Records (SRC) dan seterusnya melancarkan kerjaya muzik beliau, Siti kekal bersama syarikat rakaman itu selama 10 tahun. Bersama SRC, beliau melancarkan album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album pada 1 April 1996 yang mendapat sambutan baik dengan kemunculan single pertama "Jawapan Di Persimpangan". Selepas agak sukar dikenali ketika awal penampilannya, Siti diundang rakan satu bumbung untuk mengeluarkan single duet iaitu bersama kumpulan 2 by 2 dengan lagu "Mawarku". Lagu itu menjadi hits dan membuka jalan untuk Siti lebih dikenali. Single kedua dari album pertamanya iaitu "Jerat Percintaan" membuat kejutan apabila memenangi anugerah utama di Anugerah Juara Lagu ke-10 sekaligus mengukuhkan lagi nama penyanyi muda ini. Album keduanya menyusul pantas selepas itu, juga menggunakan namanya sebagai judul album dilancarkan pada 27 Januari 1997 merupakan kejayaan komersial dan membawanya ke Indonesia dengan single "Aku Cinta Padamu". Juga pada 1997, beliau melancarkan album tradisional sulungnya bersama kolaboratornya, Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Cindai pada 17 November tahun itu. Pada 1998, beliau melancarkan dua album serentak – album solo keempat, Adiwarna dan album kompilasi bersama Noraniza Idris dan Liza Hanim, Molek. Beliau merakamkan 6 lagi album bersama SRC - Pancawarna (1999), Sahmura (2000), Safa (2001), Sanggar Mustika (2002), E.M.A.S (2003) dan Prasasti Seni (2004) sehingga kontraknya dengan SRC tamat pada 2005.Pada 2000, jualan albumnya sahaja menyumbang kepada 10 peratus daripada jumlah jualan album Malaysia.[1] Juga pada 2000, Siti melancarkan album kompilasi solo pertamanya, The Best Of Siti Nurhaliza telah dikeluarkan dan dilaporkan telah terjual sebanyak 75, 000 unit di Indonesia dan menerima pensijilan Emas.[2] Beliau telah menjual lebih kurang lebih daripada 4.9 juta rekod di pasaran Asia terutama di pasaran Malaysia dan Indonesia daripada 15 tahun beliau dalam seni suara. Dalam tempoh lima tahun, jualan untuk enam album pertamanya telah pun mencapai 1 juta unit di pasaran Malaysia [3][4] dan 500 000 unit lagi daripada pasaran Indonesia. Album pertama beliau didedahkan kepada menjual lebih daripada 800,000 naskhah [5] dan lapan daripada 15 solo album beliau telah diterima sama ada Emas, Platinum atau berbilang pensijilan platinum dari Malaysia dan Indonesia.Pada 2004, beliau berkolaborasi bersama M. Nasir menerusi lagu tema filem Puteri Gunung Ledang, "Bagaikan Sakti" yang turut dimuatkan dalam album runut bunyi filem itu.[6] Pada 2006, Siti Nurhaliza melancarkan album ke-11 beliau, Transkripsi bersama syarikat miliknya Siti Nurhaliza Productions dan diuar-uarkan sebagai album terbaik yang pernah dihasilkan oleh beliau. Album ini dikeluarkan 4 bulan sebelum perkahwinannya dengan Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006, seterusnya beliau melancarkan single "Cahaya Cinta" bersempena dengan perkahwinannya. Lagu ini dimuatkan dalam album Cerita Cinta Siti Nurhaliza.Siti Nurhaliza mengikuti kejayaan album Transkripsi bersama beberapa lagi albumnya yang dikeluarkan kemudian, iaitu Hadiah Daripada Hati (2007), Lentera Timur (2008) dan Tahajjud Cinta serta album duet bersama Krisdayanti, CTKD: Canda Tangis Ketawa Duka (2009). Siti melancarkan album bahasa Inggeris pertamanya, All Your Love pada 26 September 2011 di bawah syarikat rakaman What’s Up Entertainment milik anak tirinya, Adib Khalid.[7] Beliau menandatangani kontrak bersama Universal Music Malaysia dan seterusnya muncul bersama single "Galau" pada 2013[8] dan seterusnya muncul bersama album Fragmen pada 2014.[9] Album secara langsung beliau, Unplugged telah dikeluarkan pada Jun 2015, dua bulan selepas konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 diadakan, "Mikraj Cinta" dan "Menatap Dalam Mimpi" dikeluarkan sebagai single.[10] Pada 10 Mei 2017, album terbaru beliau, SimetriSiti dilancarkan,[11] pra-tempahan bagi album ini didapati di Lazada.com.my dan sebanyak 300 salinan album ini habis dijual dalam masa 20 minit.[12]

Diskografi_Siti_Nurhaliza

Album instrumental 4
Album khas 1
Album adunan semula 1
Album secara langsung 10
Album duet 2
Single 94
Album kompilasi 11
Album studio 17

Rujukan

WikiPedia: Diskografi_Siti_Nurhaliza http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-1594272... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-5416177... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-5607855... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-5949160... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-6532716... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-7889890... http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-... http://www.budiey.com/album-unplugged-dato-siti-nu... http://www.budiey.com/dirgahayu-faizal-tahir-siti-... http://www.budiey.com/monoloque-siti-nurhaliza-tan...