Sejarah Disleksia

Disleksia telah dikenal pasti oleh Oswald Berkhan pada tahun 1881,[32] tetapi istilah disleksia dicipta pada tahun 1887 oleh Rudolf Berlin, yang merupakan pakar mata di Stuttgart.[33] Dia menggunakan istilah ini untuk merujuk pada kes seorang pemuda yang mempunyai kemerosotan teruk dalam pembelajaran membaca dan menulis sungguhpun menunjukkan kebolehan intelek dan fizikal biasa dalam semua perkara yang lain.

Pada tahun 1896 W. Pringle Morgan, seorang doktor British dari Seaford, East Sussex, menerbitkan gambaran perihal gangguan pembelajaran bacaan khusus dalam laporan kepada British Medical Journal bertajuk "Buta Huruf Kongenital". Ia menggambarkan kes Percy, seorang budak lelaki berumur 14 tahun yang tidak mampu belajar untuk membaca, namun menunjukkan kecerdasan yang normal dan pada umumnya mahir aktiviti-aktiviti lain yang biasa bagi kanak-kanak sama usia.[34]

Castles dan Coltheart menggambarkan fonologi dan perkembangan disleksia jenis permukaan (dysphonetic and dyseidetic, menurut turutan) sehingga subtaip klasik alexia yang dikelaskan menurut kadar kesilapan dalam pembacaan bukan perkataan.[21][35][35][36][37] Perbezaan permukaan/phonological hanya gambaran,dan mengelakkan sebarang jangkaan etiologikal pada mengenai mekanisma otak sebenar.[38] Kajian, bagaimanapun telah membayangkan pada potensi perbezaan mekanisma otak sebenar dalam populasi ini berdasarkan perbezaan prestasi.[39][40][41] Perbezaan dysphonetic/dyseidetic merujuk pada dua jenis mekanisma; satu yang berkait dengan kecacatan membezakan pertuturan, dan yang lain berkait dengan kecacatan penerimaan penglihatan (visual perception impairment).

Rujukan

WikiPedia: Disleksia http://www.dyslexiaassociation.ca/english/files/un... http://siouxlandobserver.blogspot.com/2013/06/all-... http://bmj.com/cgi/pmidlookup?view=long&pmid=89166... http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.diseasesdatabase.com/ddb4016.htm http://books.google.com/?id=DmEsAQAAIAAJ&dq=editio... http://www.springerlink.com/content/m31740417111l8... http://www3.interscience.wiley.com/journal/1224622... http://dyslexiahelp.umich.edu/answers/faq http://news.yale.edu/2005/10/28/novel-discovery-dc...