Doi

Pengecam objek digital (Bahasa Inggeris: digital object identifier, DOI) merupakan rentetan aksara ("pengecam digital") yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu objek secara unik seperti dokumen elektronik. Metadata tentang objek itu disimpan bersempena dengan nama DOI itu dan metadata ini boleh merangkumi lokasi, seperti URL, di mana objek itu boleh ditemui. DOI bagi dokumen itu adalah kekal, sedangkan lokasinya dan metadata yang lain boleh berubah. Merujuk kepada sesuatu dokumen dalam talian dengan DOI menyediakan pemautan yang lebih utuh berbanding sekadar memautkannya dengan URL-nya, kerana sekiranya URL-nya berubah, pihak penerbit cuma perlu mengemaskinikan metadata untuk DOI itu untuk berpautan dengan URL yang baru.[1][2][3]Pertubuhan-pertubuhan yang memuaskan kewajipan kontrak sistem DOI serta sudi membayar untuk menjadi anggota sistem tersebut boleh menetapkan DOI sendiri.[4] Sistem DOI dilaksanakan menerusi sebuah persekutuan lembaga-lembaga pendaftaran yang diselaraskan oleh Yayasan DOI Antarabangsa,[5] yang memajukan dan mengawal sistem tersebut. Sistem DOI telah dimajukan dan dilaksanakan dalam pelbagai aplikasi penerbitan sejak tahun 2000; menjelang akhir April 2011, lebih daripada 50 juta nama DOI telah ditentukan oleh kira-kira 4,000 pertubuhan.[6] Sistem DOI menganggotai Handle System.[7]

Doi

Pertubuhan diuruskan International DOI Foundation
Diperkenalkan 2000 (2000)
Akronim DOI
Contoh 10.1000/182
Laman web www.doi.org