Dokumen_pengenalan
Dokumen_pengenalan

Dokumen_pengenalan

Dokumen pengenalan merupakan sejenis dokumen yang digunakan untuk memastikan identiti pembawanya. Berbeza dengan dokumen lain, tugas dokumen pengenalan ini adalah cuma untuk menyatakan identiti pembawanya. Jika dalam bentuk kad kecil, ia dipanggil kad pengenalan (KP).Isu kad pengenalan boleh menimbulkan kontroversi, bergantung kepada cara kerajaan menggunakannya kerana dikatakan membolehkan kerajaan mengintip rakyatnya dengan mudah. Walau bagaimanapun, kontroversi ini biasanya hanya berlaku di negara-negara Barat yang tidak mempunyai kad pengenalan wajib.