Dolar_Sarawak
Dolar_Sarawak

Dolar_Sarawak

Dolar Sarawak ialah mata wang Sarawak antara 1858 hingga 1953. Nilainya sama sahaja dengan dolar Selat dan penggantinya, dolar Malaya (mata wang Malaya dan Singapura), iaitu 2 syiling 4 peni setiap dolar, sejak pengenalannya sehingga kedua-dua mata wang itu digantikan dengan dolar Malaya dan Borneo British pada tahun 1953. Dolar Sarawak dibahagikan kepada 100 sen. Pada sepanjang sejarahnya, duit syiling ditempa dalam jenis mata wang ¼ sen, ½ sen, 1 sen, 2½ sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen. Duit syiling yang nilainya 5 sen atau lebih mengandungi logam berharga tetapi sejak 1920, duit syiling 5 sen dan 10 sen juga diperbuat daripada tembaga dan nikel. Duit-duit syiling itu menonjolkan potret dan nama raja:Siri pertama nota bank dikeluarkan oleh Perbendaraan Kerajaan Sarawak. Ia dicapkan dengan tangan dan bermutu rendah. Semua nota yang kemudian dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak, kecuali nota 10 sen dan 25 sen pada 1919, dengan kedua-dua ini dikeluarkan semula oleh Perbendaharaan. Pada sepanjang sejarahnya, nota bank dikeluarkan dalam jenis mata wang 5 sen, 10 sen, 20 sen, 25 sen, 50 sen, $1, $5, $10, $25, $50, dan $100. Nota bank sebelum tahun 1922 atau melebihi $50 sangat jarang dijumpai.Semasa zaman pendudukan Jepun (1942-1945), wang kertas dikeluarkan dalam jenis mata wang 1 sen hingga 1,000 dolar. Nilainya ditetapkan pada kadar 1 dolar = 1 yen Jepun, berbanding dengan kadar pra-perang sebanyak 1:2. Selepas perang, mata wang pendudukan Jepun diisytiharkan sebagai tidak bernilai dan nilai dolar Sarawak dipulihkan kepada nilai berasaskan sterling yang dahulu sebanyak 2 syling 4 peni.