Dolfin
Dolfin

Dolfin

Lihat teks.Dolfin ialah sejenis mamalia laut yang berkait rapat dengan Paus dan Lumba-Lumba. Terdapat hampir empat puluh spesies dolfin dalam tujuh belas genus. Saiznya berbeza dari 1.2 meter dan 40 kilogram (Dolfin Maui), hinggalah 9.5 m dan sepuluh tan (Orca). Dolfin boleh dijumpai di seluruh dunia, terutamanya di kawasan lebih cetek di pentas benua. Dolfin juga tinggal di laut dan terdapat juga spesies yang tinggal di sungai. Dolfin merupakan haiwan karnivor, biasanya memakan ikan dan sotong. Famili Delphinidae merupakan famili terbesar dalam Cetacea, dan agak baru: sejak kira-kira sepuluh juta tahun dahulu, semasa Zaman Miosen. Dolfin dianggap sebagai antara haiwan paling cerdik. Rupanya yang kelihatan ramah dan sikapnya yang suka bermain-main membuatkannya popular dalam budaya manusia.