Dolla

Dolla (digayakan dalam huruf besar) merupakan kumpulan pop wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2019.[1] Dikenali menerusi elemen vokal dan tarian dalam persembahan, ahli kumpulan ini terdiri daripada Sabrina "Sabronzo" Rusli, Tabitha "Tabby" Ariel Lam, Angelina "Angel" Chai Ka Ying dan Norsyasya Afiqah "Syasya" Shahrizal. Mereka mengikat kontrak bersama Universal Music Malaysia dan muncul bersama single sulung mereka berjudul "Dolla Make You Wanna" yang dikeluarkan pada 20 Mac 2020.[2][3]Dolla mula mendapat perhatian meluas semasa ditemubual dalam pelbagai rancangan TV seperti Meletop, Big Stage, Hlive, Konsert Lazada, Konsert Shopee, Nona, Wanita Hari Ini, Muzik-Muzik, Gempak TV, stesen radio tempatan dan Konsert YOLO. Bakat dalam menari dan kemampuan suara yang bertenaga menjadikan kumpulan ini mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Korea dan beberapa negara luar dalam tempoh yang singkat. Buktinya, kurang daripada 6 bulan selepas single pertama, Dolla telah berjaya bekerjasama dengan artis- artis popular Asia Tenggara dengan lagu yang berjudul 'HEAL'. Dolla juga antara artis tempatan yang berjaya membuat penampilan di dalam MTV Asia. DOLLA menggelar fandom mereka sebagai iDolla hasil daripada perbincangan mereka bersama peminat dan telah diumumkan ketika Live Fan Meeting yang hanya diadakan menerusi YouTube.Dolla juga telahpun mengumumkan single terbaru mereka yang akan keluar pada hujung Oktober ini yang berjudul IMPIKAN.