Dolores_Umbridge
Dolores_Umbridge

Dolores_Umbridge

Dolores Jane Umbridge merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter karangan J.K. Rowling.Umbridge digambarkan sebagai orang yang pendek dan cembung sperti kodok besar. Dia sering memakai riben berwarna kehitaman di rambutnya yang mengingatkan Harry seakan-akan lalat untuk ditangkap. Dia mempunyai suara yang langsing yang diibaratkan seperti lebah. Nama Dolores terbit dari perkataan Latin iaitu dolor, atau kesakitan/kesedihan, dan namanya sendiri bermaksud 'Wanita yang Kesedihan', mungkin disebabkan oleh tindakannya sendiri. Dolores banyak digunakan sebagai nama di Sepanyol yang berkaitan dengan Virgen de los Dolores (lambing agama Katolik.) Bagi Umbridge, bunyinya seakan-akan umbrage, perkataan yang membawa maksud kemarahan atau geram. Nama keluarganya itu mungkin berasal dari perkataan umbra, bayang paling gelap, yang menggambarkan baying Umbridge.Dalam filem Order of the Phoenix, Imelda Staunton akan memainkan watak Umbridge.