Dominika
Dominika

Dominika

Komanwel Dominika, atau Dominika (Bahasa Perancis: Dominique), adalah sebuah negara pulau yang terletak di Laut Caribbean. Dalam bahasa Latin, "Dominica" bermaksud "hari Ahad" iaitu hari di mana Columbus menjumpai pulau tersebut.Nama pulau Dominika sebelum kedatangan Columbus adalah Wai'tu kubuli, yang bermaksud "Tinggi badannya". Penduduk asal pulau ini, iaitu orang Carib, memiliki wilayah yang sama seperti tanah rizab kaum Pribumi Indian di Amerika Utara. Disebabkan kedudukannya di antara pulau-pulau jajahan Perancis, Guadeloupe dan Martinique, dan juga kerana ia pernah ditakluki Perancis pada suatu ketika, Dominika juga digelar "Dominika Perancis". Namun bahasa rasminya adalah Inggeris walaupun bahasa creole, creole Perancis ditutur secara umum. Dominika telah diberi nama samaran "Nature Isle of the Caribbean" (Pulau Alam Semula Jadi Caribbean) kerana keindahan semula jadinya yang kelihatan tidak terjejas. Ia merupakan kepulauan yang paling muda dalam Antilles Kecil, dan kini masih dibentuk oleh aktiviti gunung berapi geoterma, sebagaimana dibuktikan oleh tasik didihnya yang kedua terbesar di dunia. Pulau ini menonjolkan hutan hujan bergunung-ganang yang subur, dan merupakan tempat asal kepada banyak spesies tumbuhan, haiwan dan burung yang jarang ditemui. Terdapat kawasan-kawasan xerik di sesetengah kawasan pantai barat Dominika, tetapi hujan lebat boleh didapati di kawasan pedalaman. Burung nuri Sisserou, burung negara Dominika, ditampilkan dalam bendera negara. Ekonomi Dominika sangat bergantung kepada sektor pelancongan dan pertanian.

Dominika

Zon masa UTC–4 (Timur Caribbean)
Ibu kota Roseau
Pemerintahan Republik berparlimen
• Bancian 2003 71,727
HDI (2007) ▲0.814
Ralat: Nilai HDI tidak sah · 73rd
• Anggaran Julai 2009 72,660 (Ke-195)
• Per kapita $5,167[2]
• Kepadatan 105/km2 (271.9/sq mi) (Ke-95)
Bahagian memandu left
Kod panggilan +1-767
• Total $758 juta[2]
Bahasa rasmi Bahasa Inggeris
vernakular Bahasa Perancis Kreol Dominika
KDNK (PPP) Anggaran 2010 
Mata wang Dolar Caribbean Timur (XCD)
Demonim Dominika
Kumpulan etnik 86.8% kulit hitam, 8.9% kacukan, 2.9% Carib, 0.8% kulit putih, 0.7% lain-lain (2001)[1]
KDNK (nominal) Anggaran 2010 
• Perdana Menteri Roosevelt Skerrit
• Air (%) 1.6
• Jumlah $376 juta[2]
• daripada United Kingdom 3 November 1978
Internet TLD .dm
• Presiden Nicholas Liverpool