Domnitor
Domnitor

Domnitor

Domnitor ialah merujuk kepada pemerintah di Romania di antara tahun 1862 hingga 1881. Domnitor juga membawa maksud sebgai putera oleh pelbagai bahasa. Dalam bahasa Romania perkataan Domn membawa maksud pemerintah dan telah digabungkan dengan bahasa latin menjadi Dominus. Domnitor digunapakai semasa zaman pertengahan. Pemerintah dari Moldava dan Wallachia sering menggunapakai gelaran tersebut dengan nama voievod atau hospodar. Terdapat lima tokoh Domnitor tempatan antaranya:Selepas Romania dijajah oleh Abd-ul-Mejid I dari kerajaan Uthmaniyah, gelaran Sultan digunapakai di negara tersebut. Pada 1862, pemerintah kerajaan Moldavia dan Wallachia bersatu dan membentuk kerajaan kesatuan Romania dibawah Domnitor Alexander I. Alexander I sebelum itu merupakan pemerintah tempatan sejak 1859. Alexander memerintah selama 4 tahun dari tahun 1862 dan meletakkan jawatan sebagai Domnitor pada tahun 1866. Tempatnya digantikan oleh anakandanya, Carol I sehingga tahun 1881. Carol I ditabalkan sebagai raja Romania pertama.