DreamWorks_Animation
DreamWorks_Animation

DreamWorks_Animation

DreamWorks Animation SKG, Inc. (NASDAQ: DWA) ialah sebuah studio animasi Amerika yang utamanya menghasilkan siri filem animasi komputer yang terkenal secara komersial, termasuk Shrek, Shark Tale, Madagascar, Over the Hedge, Bee Movie, Kung Fu Panda, Monsters vs. Aliens, dan How to Train Your Dragon. Sungguhpun studio ini menghasilkan filem animasi tradisi mengenai subjek serius pada awalnya, kebanyakan filem animasi komputer dan siri televisen mereka kini mendapat reputasi sebagai menumpu kepada budaya popular dan satire, sungguhpun kejayaan mereka paling besar dalam tahun kebelakangan memiliki tema lebih sejagat.[1] Studio ini dibentuk melalui gabungan division animasi feature DreamWorks dan Pacific Data Images (PDI). Pada asalnya dibentuk di bawah panji-panji DreamWorks SKG, ia diolah menjadi syarikat awam berasingan pada tahun 2004.Mereka kini hanya mengedar hanya melalui Paramount Pictures Viacom yang mengambil keseluruhan DreamWorks SKG pada Februari 2006, mengolah ia semula sekali lagi pada 2008. DreamWorks Animation mengekalkan dua kampus: studio animasi feature DreamWorks asal di Glendale, California dan studio PDI di Redwood City, California.

Rujukan

WikiPedia: DreamWorks_Animation http://investing.businessweek.com/research/stocks/... http://www.chrisgall.com/books_dinotrux.php http://money.cnn.com/magazines/fortune/bestcompani... http://money.cnn.com/magazines/fortune/bestcompani... http://www.collider.com/2010/08/19/imaginary-enemi... http://ir.dreamworksanimation.com/press-release-su... http://www.dreamworksanimation.com/ http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.highbeam.com/doc/1N1-114A813E05F2C420.h... http://www.hollywoodreporter.com/hr/content_displa...