Drew Blythe Barrymore (lahir 22 Februari 1975)
[3] merupakan seorang pelakon, penulis, pengarah, model dan penerbit
Amerika Syarikat. Beliau merupakan cucu kepada pelakon
John Barrymore. Bermula sebagai pelakon kanak-kanak dalam rancangan televisyen, beliau kemudiannya berlakon dalam
filem cetera, termasuklah filem paling berjaya beliau,
E.T. the Extra-Terrestrial (1982).Beliau pernah mengeluarkan sebuah
autobiografi, Little Girl Lost (1991), mengenai zaman kanak-kanaknya yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol serta dimasukkan ke pusat pemulihan.
[1][4] Barrymore pernah muncul dalam beberapa buah filem seperti
Poison Ivy (1992),
Scream (1996), dan
Ever After (1998). Beliau turut dikenali menerusi kolaborasi bersama
Adam Sandler dalam
The Wedding Singer (1998),
50 First Dates (2004) dan
Blended (2014).Pada 1995, beliau dan
Nancy Juvonen telah bersama-sama menubuhkan syarikat produksi,
Flower Films.
[5] Menerusi syarikat tersebut, mereka menerbitkan beberapa buah filem yang turut dibintangi oleh Barrymore seperti
Never Been Kissed (1999),
Charlie's Angels (2000),
Donnie Darko (2001) dan filem arahan pertama Barrymore,
Whip It! (2009). Barrymore pernah memenangi
Anugerah Screen Actors Guild dan
Golden Globe untuk lakonan beliau menerusi
Grey Gardens (2009).