Dubur
Dubur

Dubur

Dubur atau jubur, adalah bukaan pada penghujung saluran pencernaan haiwan yang bermula dari mulut. Ia berfungsi bagi mengawal penyingkiran najis, bahan separa-pepejal yang tidak dikehendaki yang terhasil semasa penghadaman, yang, bergantung kepada jenis haiwan, mungkin merupakan salah satu bahan yang tidak boleh dihadam oleh haiwan tersebut, seperti tulang;[1] bahan makanan sisa selepas kesemua zat telah diambil, sebagai contoh selulos atau lignin; bahan yang ditelan yang bertukar toksid sekiranya kekal dalam saluran penceranaan; dan bakteria perut yang mati atau lebihan dan endosimbiont yang lain.Afimbia, reptilia, dan burung turut menggunakan bukaan yang sama bagi menyingkir cecair dan bahan pepejal, dan bagi mengawan dan bertelor; bukaan ini dikenali sebagai "cloaca". Haiwan Monotreme turut memiliki cloaca, yang dipercayai satu ciri dari amniote terawal melalui therapsid. Marsupial memiliki dua bukaan luaran: satu bagi menyingkirkan pepejal dan cecair; yang satu lagi bagi pembiakan, yang kelihatan sebagai faraj bagi betina dan zakar bagi jantan. Mamalia berplacental betina mungkin memiliki bukaan berasingan bagi membuang air, kencing, dan pembiakan, dan pembiakan; jantan memiliki satu bukaan bagi membuang air besar dan satu lagi bagi kencing dan pembiakan, sungguhpun saluran kepada bukaan tersebut hampir sentiasa terpisah sama sekali.Perkembangan dubur merupakan tahap penting dalam evolusi haiwan multiselular. Malah ia kelihatannya berlaku sekurang-kurangnya dua kali, menurut laluan berlainan bagi protostome dan deuterostome. Ini diikuti atau dibantu oleh perkembangan evolusi penting lain: bentuk badan bilaterian; koelom, rongga dalaman yang memberi ruang bagi sistem kitaran dalaman dan, bagi sesetengah haiwan, membentuk rangka hidrostatik yang membolehkan haiwan seperti cacing untuk mengorek; metamerism, di mana badan dibina dari modular berulang yang kemudian mengkhusus, sebagai contoh kepala kebanyakan arthropod terdiri daripada segmen khusus, berpadu.