Dunia
Dunia

Dunia

Dunia ialah nama am untuk seluruh tamadun manusia, secara tertentu pengalaman manusia, sejarah, atau keadaan manusia pada umumnya, sedunia, iaitu mana-mana di Bumi.[2]Dalam konteks falsafah, dunia mungkin merujuk:
Dalam konteks teologi, dunia biasanya merujuk benda atau sfera duniawi, bertentangan dengan samawi, rohaniah, unggul atau suci. "Penghujung dunia" merujuk senario penamat terakhir sejarah manusia, kerap dalam konteks agama.Sejarah dunia biasanya difahami sebagai perkembangan geopolitik utama berlangsung selama kira-kira lima ribu tahun, dari tamadun pertama sehingga kini.Penduduk dunia ialah jumlah semua penduduk manusia pada bila-bila masa; yang serupa, ekonomi dunia ialah jumlah ekonomi semua masyarakat (semua negara), terutamanya dalam konteks pengglobalan. Istilah seperti kejuaraan dunia, keluaran dunia kasar, bendera dunia dll. mungkin melibatkan jumlah atau gabungan semua negara berdaulat semasa.Dalam istilah seperti agama dunia, bahasa dunia, dan perang dunia, dunia mencadangkan ruang lingkup antarabangsa atau antara benua tanpa memerlukan penglibatan seluruh dunia.Dalam istilah seperti peta dunia dan iklim dunia, dunia digunakan dalam erti berasingan daripada budaya atau tamadun manusia, merujuk planet Bumi secara fizikal.