Dunia Hari Ini

Dunia Hari Ini merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap Isnin hingga Sabtu jam 11 malam di RTM1. Turut dipaparkan ialah berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Setiap Ahad, siaran RTM Dunia akan ke udara membincangkan tentang isu semasa dunia.Antara isu yang sering menjadi topik hangat ialah isu pergolakan di Palestin-Israel, Iraq dan Iran, Amerika Syarikat serta Korea Utara.