Dunia_Baru_(siri_TV)

Dunia Baru merupakan drama Melayu terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) yang berkisar mengenai kehidupan mahasiswa di universiti. Dalam drama ini, Universiti Industri Selangor dijadikan sebagai lokasi pengambaran drama ini. Drama ini pernah ditayangkan di TV3 dan mempunyai 3 musim. Drama ini pernah mencapai rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton. Musim pertama dan kedua drama ini diarahkan oleh M. Hitler Zami. Dan musim ketiganya diarah oleh Mohd Feroz Khan. Filemnya diarah oleh M. Hitler Zami. .Penerbit drama ini adalah Ahmad Puad Onah. Penerbit Eksekutif bagi dramanya adalah Jalena Rejab dan Penerbit Eksekutif bagi filemnya adalah Rosihan Zain Baharuddin.Pencipta dunia baru dan penulis skripnya untuk televisyen dan filem adalah Wan Hasliza Wan Zainuddin.Dunia Baru menemui penonton di setiap malam Khamis tahun 2006 dan sering mendapat rating tinggi dari pelajar sekolah dan pelajar universiti. Sekaligus tidak lama selepas tamat musim pertama, siri ini disambung ke musim kedua di tahun yang sama. Untuk musim pertama dan kedua, siri tv ini menjalani penggambaran di Unisel. Tetapi musim ke 3, siri tv ini dijalankan di KLIUC (Kuala Lumpur Infrastructure University College) - kini dikenali sebagai IUKL - Infrastructure University Kuala Lumpur.