Durban
Durban

Durban

Durban merupakan tempat peranginan dan juga tempat hiburan terunggul di Afrika Selatan dengan pantainya yang indah menghadapi Lautan Hindi dan juga taman-taman rekreasi serta kasino untuk golongan mewah. Bandar ini adalah bandar metropolitan terbesar di wilayah Kwazulu-Natal dan juga bandaraya kedua terbesar di Afrika Selatan. Di samping itu, bandar ini merupakan pelabuhan kedua terpenting di negara ini selepas Cape Town. Ia juga mempunyai penduduk pelbagai kaum dengan masyarakat berbangsa India yang agak besar. Antara tokoh dunia terkenal yang pernah ke sini termasuklah Mahatma Gandhi.