Keselamatan Durian

Duri durian yang tajam boleh menyebabkan kecederaan

Durian yang jatuh di atas kepala boleh menyebabkan kecederaan yang teruk kerana buahnya berat, berduri tajam dan boleh gugur dari tempat yang tinggi. Memakai topi keras digalakkan ketika mengutip durian. Alfred Russel Wallace menulis bahawa jarang ada kematian akibat ditimpa durian, kerana pancutan darah yang banyak akan menghalang terjadinya keradangan.[25] Papan tanda memberi amaran agar orang tidak berlengah-lengah di bawah pohon durian dapat dijumpai di Indonesia.[86] Jaring nilon atau tali anyam kuat sering digantung di antara pohon durian di ladang-ladang, dengan tiga tujuan: jaring ini membantu mengutip buah yang masak, menyelamatkan buah daripada binatang aras bumi, dan paling penting mengelakkan buah daripada menimpa manusia. Bagaimanapun, terdapat peribahasa "mendapat durian runtuh" yang bererti "keuntungan tidak dijangka dan tanpa bersusah-payah".

Kerana durinya yang tajam juga, buah durian boleh menyebabkan kecederaan ketika dibuka. Oleh itu, ia hendaklah dibuka secara berhati-hati dengan menggunakan peralatan yang sesuai, seperti pisau dan kain.[49]

Rujukan

WikiPedia: Durian http://www.proscitech.com.au/trop/d.htm http://etext.library.adelaide.edu.au/b/banfield/ej... http://aciar.gov.au/files/node/598/mn114-part1.pdf http://southeastasianfood.about.com/od/malaysianfr... http://travel.asiaone.com/Travel/News/Story/A1Stor... http://www.bigfootencounters.com/creatures/mawas.h... http://lipis-ismail.blogspot.com/2007/07/tanaman-d... http://www.drhatta.com/2012/Dis12/PanasDurian.html http://www.foodmarketexchange.com/datacenter/produ... http://www.genefitnutrition.com/durian.pdf