Sejarah Durian

Mubaligh Michał Boym menyediakan antara laporan awal (1655) mengenai durian (atas kanan) kepada sarjana Eropah

Durian telah dikenali dan dimakan di Asia Tenggara sejak zaman prasejarah lagi.[53][54], tetapi cuma baru dikenali dunia barat selama kira-kira 600 tahun. Rujukan Eropah terawal yang diketahui ialah rekod Niccolò de' Conti, yang mengembara ke Asia Tenggara pada abad ke-15.[55] Da Conti menulis dalam Latin: "Mereka (orang Sumatera) memiliki sejenis buah hijau yang dipanggil durian, sebesar tembikai. Di dalamnya ada lima benda seperti oren panjang, dan berupa mentega tebal, dengan paduan beberapa rasa."[56] Pakar perubatan Portugis Garcia de Orta memerikan durian dalam Colóquios dos simples e drogas da India yang diterbitkan pada 1563. Pada 1741, Herbarium Amboinense oleh ahli botani Jerman Georg Eberhard Rumphius diterbitkan, memberikan penerangan paling terperinci dan tepat durian bagi lebih seabad. Genus Durio memiliki taksonomi kompleks yang telah melihat pembuangan dan penambahan banyak spesies sejak ia dicipta oleh Rumphius.[5] Semasa tahap awal kajian taksonominya, terdapat sedikit kekeliruan antara durian dan durian belanda (Annona muricata), kerana kedua-dua spesies ini berkulit duri hijau.[55][57] Pada abad ke-18, Johann Anton Weinmann menganggap durian termasuk dalam Castaneae kerana buahnya hampir serupa dengan berangan kuda (Aesculus hippocastanum).[55]

Durio zibethinus. Kromolitograf oleh Hoola Van Nooten, sekitar 1863

D. zibethinus diperkenalkan ke Ceylon oleh Portugis pada abad ke-16 dan diperkenalkan semula banyak kali selepas itu. Ia telah ditanam di Amerika namun terbatas kepada taman botani. Anak benih pertama dihantar dari Taman Botani Diraja, Kew, ke Dominika pada 1884.[58]

Di Asia Tenggara, durian telah ditanam selama beberapa kurun di kampung-kampung, barangkali sejak awal abad ke-18, dan secara komersil sejak pertengahan abad ke-20.[4] Dalam My Tropic Isle, ahli alamiah Australia Edmund James Banfield menceritakan, pada awal abad ke-20, seorang rakan di Singapura menghantar kepadanya biji durian, yang ditanam dan dijaga beliau di pulau tropikanya di persisiran utara Queensland.[59]

Pada 1949, ahli botani British E. J. H. Corner menerbitkan The Durian Theory, or the Origin of the Modern Tree. Teori beliau ialah sebaran biji benih oleh haiwan (melalui perut) muncul sebelum sebarang kaedah sebaran biologi lain, dan leluhur primitif spesies Durio merupakan pengamal kaedah penyebaran ini yang terdahulu, khususnya durian meriah (D. dulcis) yang merupakan contoh buah primitif pokok berbunga.

Sejak awal 1990-an, permintaan domestik dan antarabangsa durian di sekitar ASEAN telah meningkat tinggi, sebahagiannya disebabkan peningkatan kemakmuran Asia.[4]

Rujukan

WikiPedia: Durian http://www.proscitech.com.au/trop/d.htm http://etext.library.adelaide.edu.au/b/banfield/ej... http://aciar.gov.au/files/node/598/mn114-part1.pdf http://southeastasianfood.about.com/od/malaysianfr... http://travel.asiaone.com/Travel/News/Story/A1Stor... http://www.bigfootencounters.com/creatures/mawas.h... http://lipis-ismail.blogspot.com/2007/07/tanaman-d... http://www.drhatta.com/2012/Dis12/PanasDurian.html http://www.foodmarketexchange.com/datacenter/produ... http://www.genefitnutrition.com/durian.pdf