Taburan Durian

Gerai durian di SingapuraDurian dijual berhampiran Cirebon, Indonesia

Durian berasal dari Brunei, Malaysia dan Indonesia,[4] meskipun ia boleh tumbuh dalam sebarang cuaca yang serupa. Durian sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara 1800 – 4000 mm setahun. Ia merupakan pohon tropika dan berhenti membesar apabila suhu harian purata jatuh ke bawah 22 °C (72 °F).[5][18]

Pusat kepelbagaian ekosistem untuk durian ialah kepulauan Borneo, di mana banyak buah spesies Durio seperti D. zibethinus, D. dulcis, D. graveolens, D. kutejensis, D. oxleyanus dan D. testudinarum dijual di pasar tempatan. Di Brunei, D. zibethinus tidak ditanam kerana pelanggan lebih menyukai spesies lain seperti D. graveolens, D. kutejensis dan D. oxleyanus. Bersama dengan spesies lain seperti D. testudinarum dan D. dulcis, kepelbagaian ini mewakili kepelbagaian genetik yang kaya.[19]

Walaupun durian tidak berasal dari Thailand, negara itu ialah pengeksport penting durian, menanam 781,000 tonne (769,000 long ton; 861,000 short ton) daripada 1,400,000 tonne (1,400,000 long ton; 1,500,000 short ton) keluaran dunia pada 1999, yang mana 111,000 tonne (109,000 long ton; 122,000 short ton) daripadanya dieksport ke Taiwan, Hong Kong, Malaysia, Singapura dan Kanada.[10][20] Ini diikuti Malaysia dan Indonesia, kedua-duanya menghasilkan sekitar 265,000 tonne (261,000 long ton; 292,000 short ton). Pada 1999, 35,000 tonne (34,000 long ton; 39,000 short ton) keluaran Malaysia dieksport.[20] Kawasan utama penanaman secara komersil Malaysia adalah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.[18] Chanthaburi di Thailand setiap tahun mengadakan Pesta Durian Sedunia pada awal Mei. Wilayah ini bertanggungjawab mengeluarkan separuh keluaran durian Thailand.[21][22] Di Filipina, pusat pengeluaran durian adalah di Daerah Davao di kepulauan Mindanao. Pesta Kadayawan merupakan perayaan tahunan menonjolkan durian di Bandar Davao. Tempat yang lain di mana durian ditanam termasuk Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar, India, Sri Lanka, Caribbean, Florida, Hawaii, Papua New Guinea, Polinesia, Madagaskar, selatan China (pulau Hainan), utara Australia (Queensland) dan Singapura.

Durian dijual dalam beg jaring dalam penyejuk beku di pasar California

Durian diperkenalkan ke Australia pada awal 1960-an dan bahan klon diperkenalkan pada 1975. Lebih 30 klon D. zibethinus dan enam spesies Durio telah sampai ke Australia.[23] China merupakan pengimport utama, membeli 65,000 tonne (64,000 long ton; 72,000 short ton) pada 1999, diikuti Singapura dengan 40,000 tonne (39,000 long ton; 44,000 short ton) dan Taiwan dengan 5,000 tonne (4,900 long ton; 5,500 short ton). Pada tahun yang sama, Amerika Syarikat mengimport 2,000 tonne (2,000 long ton; 2,200 short ton), kebanyakannya beku, manakala Komuniti Eropah mengimport 500 tonne (490 long ton; 550 short ton).[20]

Isi durian dipaket untuk jualan, dengan biji terdedah

Durian merupakan tumbuhan bermusim. Di Semenanjung Malaysia dan Singapura, musim durian lazimnya adalah dari April hingga September mengikut tempat, yang berbetulan dengan musim manggis.[18] Harga durian boleh dikatakan mahal berbanding buah lain. Sebagai contoh, di Singapura, permintaan besar kultivar kualiti tinggi seperti D24, Sultan, dan Mao Shan Wang menyebabkan harga jualan antara S$8 hingga S$15 (RM19 hingga RM$35) per kilogram.[9] Dengan berat purata 1.5 kilogram (3.3 lb), kos sebiji durian adalah antara S$12 hingga S$22 (RM28 hingga US$51).[9] Bahagian yang boleh dimakan, dipanggil aril atau "isi", hanya sekadar 15-30% jisim buah tersebut.[24] Ramai pelanggan di Singapura bagaimanapun sanggup berbelanja sehingga S$75 (RM175) untuk sekitar enam biji bagi dikongsi bersama keluarga.[9]

Durian ketika musimnya boleh ditemui di pasar raya utama Jepun, manakala di dunia Barat, durian terdapat di sesetengah pasar raya bagi memenuhi kehendak masyarakat Asia Timur.

Rujukan

WikiPedia: Durian http://www.proscitech.com.au/trop/d.htm http://etext.library.adelaide.edu.au/b/banfield/ej... http://aciar.gov.au/files/node/598/mn114-part1.pdf http://southeastasianfood.about.com/od/malaysianfr... http://travel.asiaone.com/Travel/News/Story/A1Stor... http://www.bigfootencounters.com/creatures/mawas.h... http://lipis-ismail.blogspot.com/2007/07/tanaman-d... http://www.drhatta.com/2012/Dis12/PanasDurian.html http://www.foodmarketexchange.com/datacenter/produ... http://www.genefitnutrition.com/durian.pdf