Dusun_Kimaragang

Dusun Kimaragang merupakan suku kaum (sub-etnik) Kadazan-Dusun di Sabah yang juga merupakan majoriti penduduk di daerah Kota Marudu (Bandau), bahagian Kudat, dan Pitas. Pitas adalah pusat di mana Dusun Kimaragang ramai suku kaumnya. Daerah Kota Marudu yang berkeluasan 1917 kilometer persegi ini turut didiami pelbagai etnik lain seperti Bajau, Suluk, Brunei dan Cina. Suku bangsa Dusun Kimaragang menggunakan bahasa Dusunik dan menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan pembalakan.Salah satu budaya orang Dusun Kimaragang yang menjadi kebanggaan mereka adalah khazanah sastera rakyat dalam bentuk pantun (dikenali sebagai bo’or) yang begitu masyhur di Sabah. Namun pada masa kini bo’or hanya dituturkan semasa majlis keramaian tertentu dan tidak lagi digunakan secara meluas.Selain itu baju Kinaling merupakan pakaian tradisional suku kaum Dusun Kimaragang. Ia biasanya berwarna hitam dengan ikat pinggang berwarna warni yang dibuat daripada perak dan ada pula yang diperbuat dari rotan.Tarian tradisional mereka adalah tarian pinakang dan mengunakan alat musik seperti kulintangan,gong,.[1]