Duta_Besar

Duta Besar merupakan diplomat tertinggi yang mewakili negara mereka. Diplomat selalunya ditauliah untuk negara atau kerajaan berdaulat, atau bagi pertubuhan antarabangsa, untuk berkhidmat sebagai pegawai rasmi yang mewakili negara mereka.Kadangkala negara juga melantik individu yang dihormati sebagai duta yang diberikan tanggungjawab khusus dan duta ini berkerja menasihati dan membantu kerajaan mereka dalam bidang yang diberikan. Perkataan duta juga selalu digunakan secara bebas untuk orang terkenal yang bukan dilantik kerajaan, untuk mewakili profesyen, aktiviti atau bidang tertentu.Dalam kegunaan harian, perkataan duta selalunya digunapakai untuk wakil kerajaan yang ditempatkan di ibu negara asing. Kerajaan asing di mana duta berkhidmat selalunya membenarkan duta mengawal wilayah khas yang dipanggil kedutaan, di mana kakitangan malah kenderaan mereka dikurniakan kekebalan diplomatik dalam negara yang mereka duduk.Pegawai diplomatik kanan di antara negara Komanwel dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi.