Dynas

Datin Wan Intan Edrinas binti Wan Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Datin Dynas (lahir 8 Mac 1983) ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau muncul dalam pemerhatian media sebagai pengacara rancangan hiburan popular Astro Ria, Beat TV bersama Bront Palarae, diikuti oleh beberapa aktiviti pemodelan berprofil tinggi termasuk sebagai model catwalk dan telah menjayakan beberapa iklan televisyen.Dynas memulakan kerjaya lakonan dari 2003 ke atas menerusi watak sebagai Fatin dalam filem Cinta Kolestrol arahan A. Razak Mohaideen. Beliau juga terkenal dengan watak Inspektor Julia dalam siri Gerak Khas dari 2007 hingga 2009. Beliau mempunyai beberapa peranan penting dalam filem percintaan Cinta Fotokopi (2005), filem aksi Haru Biru dan Impak Maksima (2007), filem seram Bisikan Syaitan (2013) dan filem epik pengembaraan Tombiruo: Penunggu Rimba (2017), adaptasi dari novel 1998 dengan tajuk sama. Beliau telah berkahwin sebanyak dua kali[2] dan dikurniakan dua anak. Dynas merupakan pemilik perniagaan menjual pakaian ibu mengandung serta menyusu, Dynas Nursing Attire (DNA) dengan membuka cawangan pertamanya di The Curve, Mutiara Damansara. Belajar berkelulusan Diploma Komunikasi Massa dari UiTM Shah Alam (2005).[3]

Dynas

Pekerjaan Pelakon, pengacara
Ibu bapa Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad
Datin Rasiah Shaharuddin[1]
Pasangan Mohd Hafizi Mohamed (k. 2008; c. 2014)
Dato’ Mohamad Shazrik Che Mohd Din (k. 2018)
Anak Khayra Khalyssa Mohd Hafizi
& Mohamed Haqaish Mohd Hafizi
Tahun aktif 2002−kini
Nama lain Dynaz, Dynas Mokhtar
Berat 53 kg (117 lb)
Pendidikan Diploma Komunikasi Massa
Kelahiran Wan Intan Edrinas binti Wan Mokhtar
(1983-03-08) 8 Mac 1983 (umur 36)
Kuala Lumpur, Malaysia
Ketinggian 170 cm
Pusat pendidikan UiTM Shah Alam

Rujukan

WikiPedia: Dynas http://eng.mynewshub.cc/2014/11/10/after-years-of-... http://arkibnegara.com/2010/10/fhm-100-sexiest-wom... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelakon-j... http://www.fashionvalet.com/brands/281/dna-by-dyna... http://www.highbeam.com/doc/1P1-125379426.html http://www.imdb.com/name/nm3106864/ http://www.kunzense.com/press-release.php http://malaysiagazette.com/entertainment/im-not-di... http://my.vlex.com/vid/tv-host-pleads-not-guilty-d... http://rockon2011.wordpress.com/2008/04/29/dynas-d...