Rakaman E.M.A.S

E.M.A.S merupakan album keempat Siti Nurhaliza di mana beliau tidak menggunakan khidmat Adnan Abu Hassan sebagai penerbit album dan komposer, selepas Cindai, Sahmura dan Sanggar Mustika (ini juga berlaku kepada Prasasti Seni). Untuk album ini, beliau bekerjasama dengan Aubrey Suwito, Aidit Alfian, dan Julfekar, serta penerbit rakaman Indonesia, Dewiq, dengan Tan Su Loke bertindak sebagai Penerbit Eksekutif album. Album ini juga merupakan album kedua Siti yang menggunakan khidmat Aubrey sebagai penerbit album.

Rakaman album ini dijalankan pada Julai 2002 (empat bulan selepas Siti melancarkan album Sanggar Mustika) dan siap sepenuhnya pada Februari 2003. Dalam album ini, Siti menyumbangkan lirik untuk lima lagunya – “Bukan Cinta Biasa”, “Ku Yakini”, “Janji Kasih”, “Sebenar Cinta” dan “Ku Milikmu”.

Rujukan

WikiPedia: E.M.A.S http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_conten... http://www.sitizone.com/sz/index.php?option=com_co... http://archive.is/0fdyQ http://archive.is/7TzBC http://www.nib.com.my/archives/text/view/28942094?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/3640138?p... http://www.nib.com.my/archives/text/view/44566934?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/44835955?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/7706643?p... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt...