Ahli EXID

Ahli semasa

  • Solji (Hangul: 솔지) lahir sebagai Heo Sol-ji (Hangul: 허솔지) pada (1989-01-10) 10 Januari 1989 (umur 30) di Daerah Gwanak, Seoul, Korea Selatan.[48] Beliau merupakan bekas ahli kumpulan duo, 2NB bersama Gabin dari Blady dan mengeluarkan lagu single pada tahun 2008.[48][49] Beliau merupakan pelatih vokal EXID sebelum menjadi ahli.[50]
  • LE (Hangul: 엘리) lahir sebagai Ahn Hyo-jin (Hangul: 안효진) pada (1991-12-10) 10 Disember 1991 (umur 28) di Cheonan, Chungcheong Selatan, Korea Selatan.[51] Beliau merupakan bekas ahli pasukan rap underground, Jiggy Fellaz dibawah nama Elly.[52] Beliau ditampilkan dalam lagu "Whenever You Play That Song", sebuah lagu duet bersama Huh Gak sebelum kemunculan pertama EXID.[53] Beliau telah berkolaborasi bersama ramai artis termasuk Hyuna dan Im Chang-jung.[54][55] Pada tahun 2013, beliau mengambil bahagian dalam pertandingan rap, Show Me the Money 2.[56]
  • Hani (Hangul: 하니) lahir sebagai Ahn Hee-yeon (Hangul: 안희연) pada (1992-05-01) 1 Mei 1992 (umur 27) di Seoul, Korea Selatan.[57] Beliau merupakan pelatih JYP Entertainment tetapi dikeluarkan selepas setahun.[58] Pada tahun 2015, Hani muncul dalam beberapa episod Off to School dan Match Made in Heaven Returns. Beliau merupakan ahli Crime Scene 2.[59] Beliau juga merupakan pengacara rancangan KBS2, A Style for You[60] dan ditampilkan dalam video muzik Mad Clown, "Fire".[61]
  • Hyelin (Hangul: 혜린) lahir sebagai Seo Hye-lin (Hangul: 서혜린) pada (1993-08-23) 23 Ogos 1993 (umur 26) di Gwangju, Korea Selatan.[62] Pada tahun 2011, beliau mengambil bahagian dalam Superstar K3 dan berjaya melayakkan diri sehingga peringkat "SuperWeek".[63]
  • Jeonghwa (Hangul: 정화) lahir sebagai Park Jeong-hwa (Hangul: 박정화) pada (1995-05-08) 8 Mei 1995 (umur 24) di Anyang, Gyeonggi, Korea Selatan.[64] Beliau merupakan bekas pelatih JYP Entertainment. Sebelum menjadi ahli EXID, beliau muncul dalam video muzik "Tell Me" oleh Wonder Girls[52] dan "Whenever You Play That Song" oleh Huh Gak dan LE.[65] Pada tahun 2015, beliau muncul dalam beberapa episod Match Made in Heaven Returns.[66]

Bekas ahli

  • Yuji (Hangul: 유지) lahir sebagai Jung Yu-ji (Hangul: 정유지) pada (1991-01-02) 2 Januari 1991 (umur 29).[67] Beliau merupakan bekas pelatih JYP Entertainment. Beliau membuat persediaan untuk kemunculan pertama dalam sebuah kumpulan trio bersama Hyorin dari Sistar dan Jieun dari Secret tetapi kumpulan ini tidak pernah membuat kemunculan pertama.[68] Yuji meninggalkan EXID tidak lama selepas kemunculan pertama mereka dan membuat kemunculan pertama bersama Bestie setahun kemudian serta menukar nama pentasnya kepada Uji.
  • Hyeyeon (Hangul: 혜연) lahir sebagai Kang Hye-yeon (Hangul: 강혀연) pada (1990-12-08) 8 Disember 1990 (umur 29).[67] Tidak lama selepas kemunculan pertama bersama EXID, beliau meninggalkan kumpulan ini. Beliau kemudiannya membuat kemunculan pertama bersama Bestie dan menukar nama pentas beliau daripada Dami kepada Hyeyeon.
  • Haeryung (Hangul: 해령) lahir sebagai Na Hae-ryung (Hangul: 나해령) pada (1994-11-11) 11 November 1994 (umur 25) di Seoul, Korea Selatan.[67] Beliau merupakan bekas pelatih JYP Entertainment. Tidak lama selepas kemunculan pertama, Haeryung meninggalkan kumpulan ini untuk mengejar kerjaya lakonan dan membuat kemunculan pertama bersama Bestie setahun kemudian.

Rujukan

WikiPedia: EXID http://www.ajunews.com/view/20151117173733787 http://www.allkpop.com/article/2015/02/exids-solji... http://www.allkpop.com/article/2015/04/exid-say-ah... http://www.allkpop.com/article/2016/06/exid-take-f... http://www.allkpop.com/article/2017/04/exid-wins-f... http://bananact.com/main_exid http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/6... http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/7... http://www.billboard.com/charts/china-v-chart http://news.chosun.com/site/data/html_dir/2012/11/...