Ebit_Lew

Ebit Irawan bin Ibrahim Lew atau Ebit Lew (lahir Lew Yun Pau; 21 Disember 1984) merupakan seorang pendakwah Islam Malaysia berbangsa Cina. Beliau terkenal dengan penampilan berjanggut, berkopiah dan berkurta serta pendekatannya menyantuni masyarakat susah, golongan terpinggir, remaja, dan golongan transgender. Beliau juga dikenali dengan seminar motivasi kekeluargaan miliknya, Keluarga Sunnah dan pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart.