Ebriza_Aminnudin

Ebriza Aminnudin merupakan salah seorang novelis Malaysia yang berasal daripada Pulau Pinang. Beliau menetap di Island Glades, Penang. Penulis serba boleh ini bekerja di sebuah syarikat swasta dan menumpahkan kreativitinya di masa lapang. Beliau dikenali kerana sikap tidak mudah berputus asa dan sangat disenangi orang sekeliling. Beliau juga merupakan penulis Seramlicious yang berevolusi daripada Lovelicious, Buku Prima, karangkraf dan mentor kepada pelapis-pelapis penulis muda ketika ini.Beliau adalah penulis prolifik Buku Prima. Sesuai dengan statusnya sebagai penulis kreatif yang serba boleh dan masih bertahan dalam industri ini. Karya-karya beliau menitik beratkan moral yang tinggi. Nukilannya pasti meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.

Berkaitan