Eiffel_I'm_in_Love
Eiffel_I'm_in_Love

Eiffel_I'm_in_Love

Eiffel I'm in Love ialah filem drama remaja romantis tahun 2003 dari Indonesia mengenai konflik antara remaja dan orang tua. Dibintangi oleh Samuel Rizal dan Shandy Aulia sebagai watak utama. Filem ini diadaptasikan novel karya Rachmania Arunita berjudul Eiffel I'm in Love. Beberapa pelakon turut membintangi filem ini iaitu Titi Kamal, Helmy Yahya, Didi Petet dan Hilda Arifin.Filem ini memenangi MTV Indonesia Movie Awards 2004 bagi kategori "Filem Kegemaran" dan menerima pencalonan untuk "Filem Terbaik".