Ejekan_tubuh

Ejekan tubuh[1] (Bahasa Inggeris: body shaming) ialah tindakan mencemuh atau mempersenda penampilan fizikal seseorang. Skop ejekan tubuh amat meluas dan dapat mencakupi sindiran gemuk, kurus, ketinggian, rambut, warna rambut, bentuk tubuh, otot seseorang, atau kekurangannya, ejekan penampilan (ciri wajah), dan dalam erti yang paling luas dapat mencakupi ejekan tatu dan tindik atau penyakit yang meninggalkan bekas fizikal seperti psoriasis.[2]Dalam sebuah kajian filem dan buku kanak-kanak mengenai pesanan pentingnya penampilan, media yang disasarkan untuk kanak-kanak sangat dipenuhi dengan pesanan yang menekankan daya tarik sebagai bahagian penting dalam hubungan dan interaksi antaraperibadi.[3] Di antara filem-filem yang digunakan dalam kajian ini, dua filem Disney mengandung jumlah pesan tertinggi tentang kecantikan pribadi. Kajian ini juga mendapati 64% video yang dikaji menggambarkan watak yang sangat gemuk sebagai watak yang tidak menarik, jahat, kejam, dan tidak ramah, dan lebih dari setengah penggambaran melibatkan pertimbangan atau pengambilan makanan.[4]Beberapa bentuk ejekan tubuh dalam cerita tahyul popular yang berasal dari zaman purba, seperti prasangka terhadap rambut merah atau perang.[5] Bentuk diskriminasi juga dapat berbeza secara ketara bergantung kepada kelompok umur. Misalnya, remaja bertubuh tinggi di antara praremaja kadangkala digambarkan sebagai aneh, dan kadangkala berhadapan dengan istilah yang merendahkan atau menghina seperti "si kurus tinggi". Namun, sikap tidak menyenangkan seperti itu biasanya terbalik kerana tinggi badan biasanya dihargai dalam kalangan orang dewasa.[2]Ejekan tubuh kadangkala dapat meluas ke persepsi bahawa seseorang tidak cukup menunjukkan kemaskulinan atau kefemininan. Misalnya, lelaki dengan pinggul lebar, dada yang menonjol, atau kekurangan bulu wajah terkadang dipersenda kerana kelihatan feminin.[6] Demikian pula, wanita yang tubuhnya dipersenda kerana kekurangnan kefemininan akibat kelihatan memiliki tonjolan lelaki,[7] atau memiliki bahu yang lebar yang biasanya dikaitkan dengan lelaki.[6]Tahap ejekan tubuh yang berlebihan dapat memiliki kesan emosi negatif, termasuk kehilangan harga diri dan masalah lain seperti gangguan makan, kecemasan, dismorfia tubuh, dan kemurungan.[8] Selain itu, ejekan tubh dapat menyebabkan kemurungan yang serius, terutama ketika sesorang merasa tubuhnya tidak dapat memenuhi kriteria sosial.[9]Di Malaysia sendiri, perbuatan ejekan tubuh telah diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.[10]