Ekonomi_Filipina
Ekonomi_Filipina

Ekonomi_Filipina

Filipina mempunyai ekonomi yang ke-34 terbesar di dunia dengan anggaran keluaran dalam negara kasar (nominal) 2017 sebanyak $348.593 bilion.[1] Antara eksport utama termasuk semikonduktor dan barangan elektronik, kelengkapan pengangkutan, pakaian, hasil tembaga, hasil petroleum, minyak kelapa, dan buah-buahan.[2] Rakan dagang utama termasuk Amerika Syarikat, Jepun, China, Singapura, Korea Selatan, Belanda, Hong Kong, Jerman, Taiwan, dan Thailand.[2] Unit mata wangnya ialah peso (₱ atau PHP).[3]Sebagai negara industri baru, ekonomi Filipina beralih daripada asas pertanian kepada lebih penekanan terhadap perkhidmatan dan perkilangan. Daripada jumlah tenaga kerja negara seramai 40.813 juta,[2] sektor pertanian mengambil 30% guna tenaga dan menyumbang kepada 14% KDNK, sektor perindustrian mengambil 14% guna tenaga dan menyumbang kepada 30% KDNK, sementara 47% pekerja yang terlibat dalam sektor perkhidmatan menyumbang kepada 56% KDNK.[5][6]Kadar pengangguran setakat 14 Disember 2014 (2014-12-14)[update], berada pada 6.0%.[7][8] Rizab antarabangsa kasar setakat Oktober 2013 adalah $83.201 bilion.[9] Nisbah hutang kepada KDNK terus menurun kepada 38.1% setakat Mac 2014[10][11] daripada rekod tinggi 78% pada 2004.[12] Filipina merupakan negara pengimport bersih[6] tetapi juga negara pemiutang.[13]Selepas Perang Dunia Kedua, Fiipina pernah sekali digelar negara kedua terkaya di Asia Timur, hanya mengekori Jepun.[14][15][16] Pada 1960-an, prestasi ekonomi mula diatasi negara lain. Ekonomi terbantut di bawah pemerintahan diktator Presiden Ferdinand Marcos yang menyebabkan salah urus ekonomi dan ketidaktentuan politik.[14][16] Maka negara mengalami pertumbuhan ekonomi lembap dan berkali-kali dilanda kegawatan. Pada 1990-an dengan adanya program liberalisasi ekonomi barulah ekonomi mula pulih.[14][16]Negara teruk terjejas oleh Krisis Kewangan Asia 1997 yang menyaksikan kejatuhan nilai peso dan pasaran saham, tetapi tidak seteruk mana sesetengah negara jiran Asia. Ini terutamanya disebabkan sikap konservatif fiskal yang diambil kerajaan ekoran berpuluh tahun pemantauan dan penyeliaan fiskal oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), berbanding dengan perbelanjaan boros oleh negara-negara jiran untuk mempercepat pertumbuahn ekonomi.[17] Sejak itu adanya tanda-tanda kemajuan. Pada 2004, ekonomi mengalami pertumbuhan KDNK 6.4% dan pada 2007 pula 7.1%, antara pertumbuhan tercepat dalam tiga dekad.[18][19] Purata pertumbuhan tahunan KDNK per kapita bagi tempoh 1966–2007 masih berada pada 1.45% berbanding dengan purata 5.96% bagi keseluruhan rantau Asia Timur dan Pasifik. 45% penduduk Filipina masih meraih pendapatan harian sebanyak kurang daripada $2.[20][21][22]Ekonomi amat bergantung pada kiriman wang dari warga Filipina yang merantau, melampaui pelaburan langsung asing sebagai punca mata wang asing. Kiriman wang memuncak pada 2010 dengan kadar 10.4% daripada KDNK negara, manakala pada 2012 adalah 8.6%. Jumlah kiriman masuk tukarang asing Filipina pada 2014 adalah US$28 bilion.[23][24] Pembangunan tidak sama rata di seluruh negara, di mana pertumbuhan ekonomi baharu amat tertumpu di Luzon, khususnya Metro Manila, jauh meninggalkan bahagian-bahagian lain,[25][26] sungguhpun kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengagihkan pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan di bahagian-bahagian lain. Biarpun adanya kekangan, sektor perkhidmatan seperti pelancongan dan penyumberluaran proses niaga telah dikenal pasti sebagai antata sektor yang terbaik untuk pertumbuhan di seluruh negara.[6][27]Filipina merupakan anggota Bank Dunia, IMF, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Bank Pembangunan Asia yang beribu pejabat di Mandaluyong, Pelan Colombo, G-77 dan G-24 antara lainnya.[2]

Ekonomi_Filipina

Barangan yang diimport Bahan mentah, jentera dan pelengkapan, bahan api, kereta dan barang ganti, plastik, bahan kimia, bijian
Import $48.76 bilion (2006)
Eksport $44.2 bilion (2006)
KDNK mengikut sektor Pertanian (14.5%), industri (32.3%), perkhidmatan (53.2%) (2004)
Hasil negara $19.44 bilion (2006)
Pertumbuhan KDNK 5.3% (2006)
Kedudukan ke-25
Hutang awam $316.65 bilion (69.9% KDNK)
Mata wang 1 peso Filipina (PHP) = 100 centavo
Tenaga buruh mengikut pekerjaan Perkhidmatan (48%), pertanian (36%), industri (16%) (2004)
Tenaga buruh 36.64 juta (2006)
Pengangguran 8.4% (2006)
Perbelanjaan $21.38 bilion (2006)
Pekali Gini 46.6
Populasidibawah garis kemiskinan 26.3% (2003)
Barangan yang dieksport Pelengkapan elektronik, jentera dan pelengkapan kenderaan, pakaian, alat optik, keluaran kelapa, buah-buahan dan kacang, keluaran tembaga, bahan kimia
Industri utama Pemasangan elektronik, pakaian, kasut, bahan farmaseutik, bahan kimia, keluaran kayu, pemprosesan makanan, penapisan petroleum, perikanan
Bantuan ekonomi Penerima. ODA, $2.0 bilion (2002)
Pertubuhan perdagangan APEC, ASEAN, WTO
Rakan dagangan import utama Amerika Syarikat 19.2%, Jepun 17%, Singapura 7.9%, Taiwan 7.5%, China 6.3%, Korea Selatan 4.8%, Arab Saudi 4.6%, Hong Kong 4.1% (2006)
Tahun fiskal Tahun takwim
KDNK $453 bilion (2006)
Rakan dagangan eksport utama Amerika Syarikat 18%, Jepun 17.5%, China 9.9%, Belanda 9.8%, Hong Kong 8.1%, Singapura 6.6%, Malaysia 6%, Taiwan 4.6% (2006)
KDNK per kapita $4,923 (2006)
Inflasi (CPI) 6.0% (2005)

Rujukan

WikiPedia: Ekonomi_Filipina http://210.213.119.26/readbook_content.jsp?filenam... http://reslab.com.au/resfiles/geo/text.html http://aroundtheworldinaday.com/philippines_thaila... http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/HE10Ae... http://www.bloomberg.com/markets/currencies/asiapa... http://www.dawn.com/news/1176411 http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.marketwatch.com/story/philippines-joble... http://www.philnews.com/2005/ma.html http://www.philstar.com/business/2014/09/24/137240...