Sektor Ekonomi_Filipina

Sawah merupakan suatu pemandangan yang biasa di Filipina, dengan beras merupakan eksport pertaniannya yang terbesar.

Pengeluaran perindustrian tertumpu kepada operasi-operasi pemprosesan dan pemasangan seperti yang berikut: makanan, minuman, tembakau, keluaran-keluaran getah, tekstil, pakaian dan kasut, bahan farmaseutik, cat, papan lapis dan venir, kertas dan keluaran kertas, perkakas kecil, serta elektronik. Industri-industri yang lebih berat dikuasai oleh pengeluaran simen, kaca, bahan kimia perindustrian, baja, besi dan keluli, serta keluaran petroleum tertapis.

Sektor perindustrian tertumpu di kawasan-kawasan bandar, khususnya di kawasan metropolitan Manila dan hanya mempunyai hubungan-hubungan yang lemah dengan ekonomi luar bandar. Infrastruktur, pengangkutan, dan komunikasi yang tidak sempurna telah menghalang pertumbuhan perindustrian yang lebih cepat setakat ini.

Pertanian

Filipina kini merupakan tuan rumah untuk Institut Penyelidikan Padi Antarabangsa (IRRI) yang mengkaji kelainan-kelainan padi berhasil tinggi. Ia telah memainkan peranan yang utama dalam Revolusi Hijau dan dapat menambahkan hasil padi dan pengeluaran beras semasa dekad 1970-an. [30]

Kereta

Sistem Brek Cegah Kunci (ABS) yang digunakan oleh kereta-kereta Mercedes-Benz, BMW, dan Volvo dibuat di Filipina. Dengan ihsan Syarikat Motor Ford, tahun 2005 merupakan tahun pertama yang negara Filipina mengeksport kereta pada jumlah yang besar,

Elektronik

Intel telah berada di Filipina selama 28 tahun sebagai pengeluar utama keluaran-keluaran termaju Intel, termasuk pemproses Pentium 4. Sebuah kilang Texas Instruments di Baguio telah beroperasi selama 20 tahun dan merupakan pengeluar terbesar cip DSP di dunia. [31]. Kilang Texas Instruments di Baguio mengeluarkan kesemua cip yang digunakan oleh telefon bimbit Nokia, serta 80% daripada semua cip yang digunakan oleh telefon bimbit Ericsson di dunia. Sehingga tahun 2005, komputer riba Toshiba dikeluarkan di Santa Rosa, Laguna, tetapi tumpuan kilang tersebut pada masa ini ialah pengeluaran cakera keras.

Perisian

Salah satu syarikat perisian yang ditubuhkan di Filipina ialah Trend Micro, pembuat perisian anti virus dengan PC-Cillin sebagai keluaran utamanya. Syarikat itu berpusat di Bandaraya Eastwood, Libis, Bandaraya Quezon [32]

Penggunaan sumber luar

Sebahagian besar daripada sepuluh syarikat sumber luar proses perniagaan yang terbesar di Amerika Syarikat beroperasi di Filipina. Jumlah pekerjaan dalam industri ini bertumbuh sehingga 100,000, dengan jumlah hasilnya mencapai AS$960 juta pada tahun 2005.

Pelombongan

Filipina kaya dengan galian-galian serta sumber-sumber tenaga terma. Ia mengeluarkan elektrik berasaskan sumber geoterma sebanyak 1931 MW (27% daripada pengeluaran elektrik), dan merupakan pengeluar elektrik geoterma yang kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat. Penemuan simpanan gas asli baru-baru ini di Medan Malampaya, berhampiran dengan pulau Palawan, telah dipergunakan oleh tiga buah loji berkuasa gas untuk menjanakan elektrik.

Lapisan-lapisan emas, nikel, tembaga, dan kromit adalah antara lapisan-lapisan terbesar di dunia. Galian-galiannya yang lain termasuk logam perak, batu arang, gipsum, dan sulfur. Filipina juga mempunyai mendapan-mendapan tanah liat, batu kapur, marmar, silika, dan fosfat. Lebih kurang 60% daripada jumlah pengeluaran pelombongan terdiri daripada galian-galian bukan logam yang memberikan sumbangan yang penting kepada pertumbuhan pengeluaran yang tetap antara tahun 1993 hingga tahun 1998, dengan nilai pengeluaran bertumbuh sebanyak 58%. Bagaimanapun pada tahun 1999, pengeluaran galian merosot sebanyak 16% sehingga AS$793 juta. Eksport galian umumnya telah menjadi lembap sejak tahun 1996. Berpuncakan katod tembaga, eksport galian Filipina yang bernilai AS$650 juta pada tahun 2000 hampir tidak mencapai tingkat tahun 1999. Harga logam yang rendah, kos pengeluaran yang tinggi, kekurangan pelaburan dalam infrastruktur, serta cabaran terhadap sebuah undang-undang pelombongan yang baru telah mengakibatkan kemerosotan industri pelombongan pada seluruhannya.

Industri pelombongan Filipina berbalik mulai dari akhir tahun 2004 ketika Mahkamah Agung memutuskan bahawa sebuah undang-undang yang membenarkan pemilikan asing sepenuhnya syarikat-syarikat pelombongan Filipina adalah sah di sisi perlembagaan.

Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi (DENR) tidak berupaya menangani minat pelombongan yang baru. Adanya beberapa syarikat di bawah Pelombongan Skala Kecil (SSM) yang sepatutnya dikelaskan dan dicukai di bawah undang-undang pelombongan skala besar. DENR kini sedang mengambil masa untuk memaklumkan syarikat-syarikat tersebut bahawa mereka telah mencabuli undang-undang SSM dengan melombong melebihi 50,000 tan bijih setiap tahun.

DENR masih belum meluluskan pindaan Perintah Pentadbiran Jabatan (DAO) yang akan membekalkan Peraturan Pelaksanaan untuk Perjanjian Bantuan Teknik (FTAA), bahagian khusus Akta Pelombongan 1994 yang membenarkan pemilikan asing sepenuhnya lombong-lombong Filipina. DAO 99-56 terkini adalah tidak sempurna kerana ia mengelirukan serta terdedah kepada penyalahgunaan.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Ekonomi_Filipina http://210.213.119.26/readbook_content.jsp?filenam... http://reslab.com.au/resfiles/geo/text.html http://aroundtheworldinaday.com/philippines_thaila... http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/HE10Ae... http://www.bloomberg.com/markets/currencies/asiapa... http://www.dawn.com/news/1176411 http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.marketwatch.com/story/philippines-joble... http://www.philnews.com/2005/ma.html http://www.philstar.com/business/2014/09/24/137240...