Ekonomi_United_Kingdom
Ekonomi_United_Kingdom

Ekonomi_United_Kingdom

United Kingdom adalah sebuah ekonomi kapitalisme maju utama. Ia kini keenam terbesar di dunia mengikut KDNK nominal[3] dan keenam terbesar mengikut pariti kuasa beli.[4] Ia adalah ekonomi yang ketiga terbesar di Eropah selepas Jerman dan Perancis dalam istilah nominal,[3] dan kedua terbesar selepas Jerman dari segi pariti kuasa beli.[4] PPP KDNK per kapitanya adalah ke-18 tertinggi di dunia.[1] United Kingdom juga merupakan anggota G7, G8, G-20 negara industri, Negara-Negara Komanwel, Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia dan Kesatuan Eropah.UK adalah negara pertama di dunia yang mengindustrikan ekonominya pada kurun ke-18 dan ke-19,[5] dan untuk sebahagian besar kurun ke-19 memiliki peranan utama dalam ekonomi sejagat.[6] Akan tetapi, pada lewat kurun ke-19, Revolusi Industri Kedua di Amerika Syarikat dan Empayar Jerman bermakna mereka telah mula mencabar peranan Britain sebagai pemimpin ekonomi sejagat. Usaha perang meluas kedua-dua Perang Dunia pada abad ke-20 dan pemansuhan Empayar British juga melemahkan ekonomi UK dari segi sejagat, dan pada waktu itu Britain telah diganti oleh Amerika Syarikat sebagai pemain utama dalam ekonomi sedunia. Namun pada awal kurun ke-21, UK masih mengekal suatu peranan penting dalam ekonomi global, oleh kerana keluaran dalam negara kasar besar[7] dan kepentingan kewangan yang ibu negaranya, London, memiliki di dunia.[8][9]United Kingdom adalah salah satu negara yang paling global. Ibu negaranya London (lihat Ekonomi London) adalah sebuah pusat kewangan utama untuk perdagangan dan perniagaan antarabangsa,[10] yang terbesar sepertinya di dunia menurut Indeks Pusat Kewangan Global.[11] Ekonomi British terdiri (dalam urutan saiz menurun) dari ekonomi England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Pada 1973, UK menyetujui Komuniti Ekonomi Eropah yang kini digelar Kesatuan Eropah selepas ratifikasi Perjanjian Maastricht pada 1993. UK memasuki kemerosotan terburuk ekonominya sejak Perang Dunia 2 pada 2009 tetapi memanjat balik ke dalam pertumbuhan pada Q4 2009. Pemulihan dari kemerosotan ekonomi dijangka perlahan. Kerajaan UK menjangka pertumbuhan tahunan pada 2010 di antara 1% dan 1.5%. Namun, kerajaan juga meramalkan ekonomi UK akan bertumbuh di antara 3% dan 3.5% pada 2011, pertumbuhan lebih kuat daripada rakan EU-nya.[12] Namun IMF meramalkan yang UK cuma akan bertumbuh 1.3% pada 2010 diikuti 2.5% pada 2011.[13] Juga suatu pantulan kuat dianggap dalam sektor perkilangan UK oleh kerana Pound British telah jatuh terhadap Euro dan Dolar bermakna barangan British lebih murah di luar negeri. Angka-angka terkini menunjukkan bahawa pengilangan UK menumbuh pada tahap terpantasnya selama 15 tahun pada Q1 2010. OECD juga telah menyatakan bahawa ekonomi UK bertumbuh lebih pantas dari semua anggota lain G7 selain dari Kanada.[14]

Ekonomi_United_Kingdom

Barangan yang diimport barang dikilang, mesin, bahan api; makanan
Import $473.6 bilion (angg. 2009)
Eksport $351.3 juta (angg. 2009)
KDNK mengikut sektor pertanian (1%), industri (23%), perkhidmatan (76%) (angg. 2008)
Hasil negara $819.9 bilion (angg. 2009)
Pertumbuhan KDNK 3.1% (OECD) 2010
Kedudukan ke-6
Saham FDI $1.025 trilion (angg. 31 Disember 2009)
Hutang awam 68.5% dari KDNK (angg. 2009)
Mata wang Paun sterling (GBP)
Tenaga buruh mengikut pekerjaan pertanian: 1.4%; industri: 18.2%; perkhidmatan: 80.4% (angg. 2006)
Tenaga buruh 31.25 juta (angg. 2009)
Pengangguran 7.8% (Q4 2009)[2]
Perbelanjaan $1.132 trilion (angg. 2009)
Pekali Gini 34 (2005)
Populasidibawah garis kemiskinan 14% dengan gaji isi rumah di bawah 60% pendapatan median UK (angg. 2006)
Barangan yang dieksport barangan dikilang, minyak, bahan kimia; makanan, minuman, tembakau
Industri utama perkakas mesin, alat industri, alat saintifik, pembinaan kapal, pesawat, kenderaan motor dan bahagian, mesin elektronik, komputer, logam diproses, barang kimia, perlombongan arang batu, pengeluaran minyak, kertas, pemprosesan makanan, tekstil, pakaian dan barang pengguna lain.
Bantuan ekonomi $8 bilion (penderma)
Pertubuhan perdagangan EU, BCN, OECD dan WTO
Rakan dagangan import utama Jerman 13%, Amerika Syarikat 8.7%, China 7.5%, Belanda 7.4%, Perancis 6.8%, Norway 6%, Belgium 4.7%, Itali 4.1% (2008)
Tahun fiskal 6 April - 5 April
KDNK $2.674 trilion (nom. angg. 2008)[1]
Rakan dagangan eksport utama Amerika Syarikat 13.8%, Jerman 11.5%, Belanda 7.8%, Perancis 7.6%, Ireland 7.5%, Belgium 5.3%, Sepanyol 4.1% (2008)
KDNK per kapita $43,785 (nom. angg. 2008)[1] (ke-20)
Inflasi (CPI) 3.2% (Mac 2010)

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Ekonomi_United_Kingdom http://www.bloomberg.com/markets/currencies/asiapa... http://www.cincodias.com/articulo/mercados/Londres... http://www.dailyfx.com/forex/market_alert/2009-11-... http://www.dairyreporter.com/news/ng.asp?id=61187-... http://www.fdimagazine.com/news/fullstory.php/aid/... http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publis... http://www.forbes.com/2008/07/15/economic-growth-g... http://www.ft.com/cms/s/77eaffe6-ef2a-11dc-8a17-00... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.intelligentguess.com/blog/?p=55