Ekonomi_terancang

Ekonomi terancang atau ekonomi terkawal, merupakan sistem ekonomi di mana kerajaan merancang atau mengawal kesemua aspek ekonomi dan pengeluaran ekonomi. Dalam sistem ekonomi ini, kerajaan yang membuat keputusan apa untuk dikeluarkan, bagaimana untuk membuat pengeluaran barangan, bagaimana untuk mengagihkan barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi.[1]Selaras dengan ideologi kolektivis[2], ekonomi terancang biasanya dikategorikan sebagai varian tertentu sosialisme, dan dari segi sejarah, ia telah disokong dan dilaksanakan di negera sosialis Marxisme-Leninisme.China dan bekas Kesatuan Republik Sosialis Soviet adalah contoh negara yang pernah mengamal sistem ekonomi jenis ini. Namun, Cuba, Laos dan Korea Utara masih mengamal sistem ekonomi terancang ini.[3]

Berkaitan