Elastomer

Elastomer ialah sejenis polimer yang bersifat kenyal atau kelikatkenyalan, iaitu suatu sifat yang ciri bagi getah. Ia boleh diubahkan bentuknya dan boleh ditarik hingga berganda-ganda panjangnya, tetapi balik kepada bentuk asal pula. Seperti gentian juga, ia mengandungi molekul-molekul yang panjang dan halus, dan menjadi teratur apabila ditarik. Tetapi selepas dilepaskan, ia berbalik kepada susunan rawak, tidak seperti gentian yang bakal teratur. Ini adalah kerana daya intermolekul dalam elastomer adalah lemah. Amnya, elastomer tidak mengandungi kumpulan-kumpulan berkutub yang membolehkan pembentukkan ikatan hidrogen. Ia juga tidak terdiri dari rantai-rantai yang boleh wujud dengan teratur untuk membentukkan daya Van der Waals. Walau bagaimanapun, elastomer berantai panjang harus mengandungi sebilangan kecil kaitan silang yang cukup untuk menahan rantai-rantai itu daripada ‘tergelincir’, tetapi tidak terlalu banyak sehinggakan rantai-rantai itu tidak boleh berbalik kepada keadaan rawak.Pengelasan elastomer:Kegunaan elastomer: