Elektron_valens

Elektron yang terltak pada petala terluar atom suatu unsur dipanggil elektron valens.Elektron valens bagi atom suatu unsur boleh ditunjukkan dengan menggunakan struktuk titik(struktur Lewis).Sifat-sifat kimia sesuatu unsur bergantung kepada bilangan elektron valens kerana hanya elektron valens mengambil bahagian dalam pembentukan dan pemecahan ikatan kimia dalam tindak balas.Ini bermakna unsur-unsur yang mempunyai bilangan elektron valens yang sama akan menunjukkan sifat-sifat kimia yang sama.Contohnya Klorin mempunyai konfigurasi elektron 2.8.7 . Oleh itu elektron valens bagi Klorin adalah 7.