Elizabeth_Banks
Elizabeth_Banks

Elizabeth_Banks

Elizabeth Irene Mitchell[1][2] atau lebih dikenali sebagai Elizabeth Banks (lahir 10 Februari 1974)[3] ialah seorang pelakon, penerbit dan pengarah Amerika Syarikat.Banks membuat penampilan filem pertamanya dalam Surrender Dorothy (1998) dan dikenali untuk peranannya dalam Wet Hot American Summer, trilogi Spider-Man (2002–07), The 40-Year-Old Virgin (2005), Zack and Miri Make a Porno (2008), Role Models (2008), The Next Three Days (2010), Pitch Perfect (2012), The Lego Movie (2014) dan filem-filem The Hunger Games (2012–15). Pada tahun 2015, beliau melakonkan watak Melinda Ledbetter dalam Love & Mercy dan membuat penampilan pertama sebagai pengarah dalam Pitch Perfect 2 dimana kutipan minggu pembukaannya pada 15–17 Mei sebanyak $69J mencipta rekod untuk pengarah kali pertama.[4][5]Dalam televisyen, Banks mempunyai peranan sebagai Avery Jessup dalam sitkom NBC 30 Rock yang mendapatkannya dua pencalonan Anugerah Emmy. Beliau juga mempunyai peranan dalam Scrubs dan Modern Family. Pada tahun 2015, beliau menyambung wataknya sebagai Lindsay dalam minisiri Netflix Wet Hot American Summer: First Day of Camp (2015) dan Wet Hot American Summer: Ten Years Later (2017).Setakat November 2016[update], Box Office Mojo menyenaraikan Banks sebagai pelakon dengan kutipan tertinggi ke-32 sepanjang zaman, dan pelakon wanita dengan kutipan tertinggi keenam.[6]

Rujukan

WikiPedia: Elizabeth_Banks http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=29212... http://www.berkshireeagle.com/ci_10774008 http://www.biography.com/people/elizabeth-banks-21... http://www.boxofficemojo.com/people/?view=Actor&so... http://www.curtainup.com/busstopwtf.html http://deadline.com/2017/09/elizabeth-banks-happyt... http://www.dreadcentral.com/news/36164/elizabeth-b... http://elizabethbanks.com/blog/post/elizabeth-bank... http://elizabethbanks.com/post/139971278803/so-yes... http://www.elizabethbanks.com