Elizabeth_Bowes-Lyon

Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon (4 Ogos 1900 – 30 Mac 2002) merupakan suri kepada Raja George VI dan bonda kepada Ratu Elizabeth II dan Puteri Margaret, Countess Snowdon. Baginda merupakan Permaisuri United Kingdom dan Dominion sejak suaminya menaiki takhta pada tahun 1936 sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1952, setelah itu baginda dikenali sebagai Permaisuri Elizabeth Bonda Ratu,[2] untuk mengelak kekeliruan dengan paduka puteri baginda. Baginda merupakan Maharani India yang terakhir.Diputerakan sebagai kerabat bangsawan British, baginda mula menonjol pada tahun 1923 apabila baginda berkahwin dengan Duke York, putera kedua Raja George V dan Permaisuri Mary. Pasangan itu dan puteri-puteri baginda merangkum idea tradisional kerabat dan khidmat awam.[3] Baginda menjalankan pelbagai urusan awam dan jadi terkenal disebabkan oleh air muka baginda yang selalu ceria.[4]Pada tahun 1936, suami baginda dengan tidak disangka-sangka menjadi raja apabila paduka kakanda baginda, Edward VIII, turun takhta untuk berkahwin dengan janda cerai warga Amerika Syarikat Wallis Simpson. Elizabeth kemudian menjadi permaisuri. Baginda mendampingi suami baginda dalam keberangkatan diplomasi ke Perancis dan Amerika Utara sebelum bermulanya Perang Dunia Kedua. Ketika perang, semangat waja baginda yang tampak pada lahirnya memberikan sokongan moral kepada orang ramai British. Sebagai tanda menghargai peranan baginda sebagai suatu aset kepentingan British, Adolf Hitler menggambarkan baginda sebagai "wanita paling berbahaya di Eropah".[5] Selepas perang, kesihatan suami baginda merosot dan baginda menjadi balu pada usia 51 tahun. Paduka puteri sulung baginda, berusia 25 tahun, menjadi ratu baru.Dari kemangkatan Permaisuri Mary pada tahun 1953 Permaisuri Elizabeth dipandang sebagai bonda kepada kerabat diraja British. Dalam kehidupan berikutnya, baginda selalu menjadi ahli yang popular dalam kerabat diraja, walaupun apabila ahli-ahli yang lain mengalami daripada tahap rendah persetujuan awam.[6] Baginda teruskan hidup yang aktif dalam awam hingga hanya beberapa minggu sebelum kemangkatan baginda pada usia 101 tahun, tujuh minggu selepas kemangkatan puteri bongsu baginda, Puteri Margaret.

Elizabeth_Bowes-Lyon

Ayahanda Claude Bowes-Lyon, Earl ke-14 Strathmore dan Kinghorne
Pemakaman 9 April 2002
Gereja Kecil St George, Istana Windsor
Pasangan George VI (k. 1923; m. 1952)
Bonda Cecilia Cavendish-Bentinck
Kerabat Windsor (melalui perkahwinan)
Anakanda
Tempoh 11 Disember 1936 – 15 Ogos 1947
Kemangkatan 30 Mac 2002(2002-03-30) (umur 101)
Royal Lodge, Windsor, Berkshire
Kemahkotaan 12 Mei 1937
Keputeraan Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon[lower-alpha 1]
(1900-08-04)4 Ogos 1900
Hitchin atau London, England