Ellie_Suriati

Ellie Suriaty Omar (Jawi: ايللي سورياتي; lahir 20 Februari 1970) ialah ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 melalui filem Soalnya Siapa?. Pada tahun 2016, Ellie telah dilantik sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) dan memikul tanggungjawab selaku Guru Seni Persembahan. Suaminya Azri Iskandar, juga seorang pelakon. Beliau diberi amaran polis kerana mengganggu sidang media Peguam Negara.[1]