Empangan_Paya_Peda

Empangan Paya Peda terletak di Hulu Besut, Terengganu. Empangan ini hampir 98 peratus siap dan pada Ogos 2015 dijangka mula beroperasi. Empangan ini melibatkan Sungai Angga,Sungai Peda dan Sungai Besut. Kos pembinaan empangan ialah RM349 juta yang dimulakan pembinaannya pada 2010 dan sepatutnya siap pada 30 November 2013 tetapi terlewat selama 1 tahun 4 bulan .Tujuan empangan ini bagi membekalkan air kepada 2,759 pesawah dalam Skim Pengairan Besut.Empangan Paya Peda terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage dan 17 kilometer dari bandar Jerteh. Apabila siap, empangan seluas 77 kilometer persegi itu bakal dijadikan kawasan tadahan dan takungan bagi menampung 168 juta meter padu air untuk tanaman padi dua kali setahun di daerah Besut.Pengarah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Zulkifly Harun memaklumkan bahawa Empangan ini dapat menakung hujan di sekitar 7,500 hektar kawasan tadahan seluas 1,200 hektar itu. Kerja-kerja penyiasatan tanah, bancian dan topografi telah bermula pada pertengahan 2007.Ia merupakan takungan air yang terbesar di daerah itu bagi dimanfaatkan bukan sahaja untuk tanaman padi tetapi sebagai sumber bekalan air bersih kepada penduduk, kegiatan industri pelancongan di samping mengatasi masalah banjir. Empangan itu mampu menakung 200 juta meter padu air itu dan mampu menakung antara 15 hingga 20 peratus air hujan yang turun di musim tengkujuh kelak bagi mengelak berlakunya banjir.Syarikat tempatan, Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013. Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebanyak RM333 juta.